Topik: Panduan Untuk Mereka Yang Baru Menjadi IbuBapa

Dunia hari ni berubah begitu cepat...saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan seterusnya tahun ke tahun......
Dunia hari ni kata orang dunia moden.......'remaja' usia 20-an ramai yang sudah berumah tangga. dan dalam masa yang sama ramai juga yang jadi ibubapa dalam usia yang begitu muda.
Dunia moden......kaitannya pula dengan kerjaya. Kalau dulu ayah sahaja yang berkerja, si ibu suri rumah sepenuh masa. Tapi kini, semua orang berkerja. Kalau ibu tak berkerja, mungkin tanggungan si ayah akan menjadi berat, lebih lebih lagi dalam suasan inflasi dan bebanan 'survival of life' yang maha hebat.
Apabila berkerjaya, anak-anak macam mana pulak ye??
Siapa nak jaga?
Siapa nak bagi minum susu (breasfeeding)??
Siapa nak bagi didikan agama?
Siapa nak buat semua ni? Siapa??
Mak Indon ke??

Macam macam persepsi dan pandangan boleh diberi.

Saya suka berkongsi pembacaan saya melalui Majalah Pa & Ma, keluaran bulan Ogos 2008.
Tajuknya tentang "Sediakan anda menyusukan bayi anda di depan umum?"
Kenapa tajuk ini?......Sebab suasana dunia hari ini, suasana kerjaya, desakan 'survival of life', mungkin menyebabkan tidak ramai yang masih mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi/anak sendiri. Kalau zaman mak bapak kita dulu, mana la ada bebenda macam susu formula macam hari ni. Kalau ada pon , tak meluas promosinya.......
Tapi hari ini macam mana???
Bukak tv je berlambak iklan susu formula.....

Berbalik pada tajuk, oleh sebab tak bagi breastfeeding sendiri, apatah lagi "nak menyusukan bayi anda di depan umum".

Saya syorkan untuk semua beli Majalah Pa & Ma bulan Ogos yee...
Belek beleklah muka surat 15 tu.....siapa di situ ???
Ahaks.....hahaha.....

posted under | 6 Comments

Perubahan Tanggungjawab

Ditulis oleh Muhamad Izzudin:

Semenjak 1 July 2008 sehingga sekarang, ada beberapa perubahan dalam tanggungjawab saya, sama ada tanggungjawab di rumah mahupun di tempat kerja.

Pertama:
Yang paling ketara adalah saya kini adalah seorang ayah (abah) kepada seorang yang bernama Ahmad Nu'man Wafiy bin Muhamad Izzudin. Bila kita sebut jadi ayah, maknanya keluarga jadi makin besar. Kalau sebelum ni cuma ada 2 orang je (Zue dan Din), tapi kini ada 3 (+ Wafiy).

Kesannya:

Hadis Rasulullah saw ada menyebut "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang kepimpinannya". Hadis yang ringkas, tapi memberi maksud yang amat besar, mendalam dan kena kepada semua orang. Saya bukan sahaja bertanggungjawab kepada diri sendiri, tapi juga keluarga. Ya Allah, besarnya tanggungjawab ni!!
Moga moga, diberi kekuatan untuk memegang tanggungjawab yang besar ni.

Kedua:
Effective 1 July 2008 yang lalu juga, I've been promoted from Senior Associate 1 to Executive Senior. Fyi, post Executive Senior ni equivalent to Assistant Manager di Big 4 yang lain, macam di KPMG. Memulanya, rasa terkejut jugak, sebab tak sangka akan dapat kenaikan jawatan tu, tapi , bila fikir balik, alhamdulillah, rezeki Wafiy agaknya. Yelah kan, dengan keadaan bertambah ahli keluarga, nak masuk rumah baru hujung tahun ni, harga minyak naik, inflation impact dan macam macam lagi, mungkin ini adalah rezeki Allah bagi untuk memudahkan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Kesannya:

Bila difikirkan balik, kesannya mungkin agak ketara jugak pada saya, specifically to my career progress, and also to my 'worklife balance' . Kenapa?? Sebab lepas ni makin banyak la kerja !!! Semalam pon Senior Manager tu dah inform awal awal I've been allocate 10 companies under my portfolio, and at the same time, I still have to assist her in other big clients. Assist in the sense of still doing the fieldwork. Inilah masalahnya......but may be masalah pada masa sekarang je.....but in the long run, I think its beneficial.

I really have to plan my 1 year plan, put down the annual leave into the plan, consider about family, work and so on......sigh.!! If not, when can I have the chance to play with Wafiy???

Kesimpulan:

Semakin kita bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab kita. Senang ke, susah ke, kita mesti cuma untuk hadapinya juga, sebab itu akan mematangkan diri sendiri. Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk menghadapi segalanya....

Insyallah.

posted under | 3 Comments

Wajah Generasi Izzudin & Zuraini - Ahmad Nu'man Wafiy

Ditulis oleh Muhamad Izzudin:


Gambar 1


Gambar ni di ambil masa Wafiy lepas breastfeeding ngan mama dia. Baru nak tido agaknya kot.......Posing ala nak terbang gitu.







Gambar 2
Ni lah dia wajah Wafiy dari dekat!!
Gambar ni amik masa baru je lepas keluar dari perut mama dia.
Rasa rasa la kan...mcm muka sape ni?






Gambar skit je ada, sebab yang lain ada kat hp mama nya......

Nanti weekend ni, saya nak balik Sabak Bernam lagi.....insyallah kalo ada gambar gambar terbaru, kita share nanti.......

posted under | 5 Comments

New Family Member - Ahmad Nu'man Wafiy

Ditulis Oleh Muhamad Izzudin:

Tanggal 27 June 2008 hari Jumaat , jam 6.45 petang, detik bersejarah yang ditunggu tunggu selama ini akhirnya tiba jugak......

Zuraini Mohamad Maskor telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.......selamat selamat......selamat semuanya akhirnya.......nama diberi Ahmad Nu'man Wafiy

Tapi sebelum cerita kat labor room tu....jom kita flash back sehari sebelum itu......zassss

Jam 6.30 ptg , 26 June 2008 - Zue bawak kereta Wira merah kitorang tu....nak amik saya kat Menara Telekom...maklumlah, musim minyak tengah naik sekarang ni, kira nak kongsi kereta la kan.....saya akan bawak moto dari menara TM ke offis PwC, atau client.......pergi dan balik kerja sama sama.......then, pada hari tu, masa saya sampai kat menara TM, nampak kereta Wira tu mati enjinnya.....tanya mummy "Enjin mati apesal?"....dijwabnya "entahlah, tekan minyak tak nak naik"...........woops.....minyak habis ke???........

Sekali betul la minyak tu keringggg!!!....Mummy plak kata "ingatkan sempat nak tunggu abang sampai, pastu isi kat BP depan tu".......adus......jawabnya tak sempat la.......

Nak dijadikan cerita...masa tuh hujan lebat.....kita pon meredah hujan, bawak tong minyak kosong, gi BP depan...isi minyak ......jam dah pukul 7 malam dah.....

Then bila dah isi balik, kereta tak mau idup jugak.....mummy dok tunggu bawah Plaza Pantai tu........kita pon gelabah jugak.....hmmmm apesal la tak nak idop??.....tepon abah kat kelantan, tanya pendapat....abah kata, kene tunggu lama skit, baru minyak naik......ok lah, kita pun tunggu je la....mummy plak katanya dah penat sebab duduk kat situ tak kena cara. Orang mengandung ni biasa la, kalu duduk tak kena cara, sakit pinggang mula la datang. Pastu dia kata perus jadi tegang je....

Jam kol 7.30 dah.....sekali kereta tak nak idop jugak....chess.....!!!....Mummy kata, "agaknya tak cukup minyak kot bang? "........ye lah kan, dengan minyak naik ni, RM6 satu tong minyak tu, banyak manalah cukup nya......? moto pon full tank dah dekat RM10 hengget......bengong punya Monyet/KERA-Jaan.......
Lepas tu, sekali lagi lah menapak gi stesen minyak.......isi lagi RM6 hengget....lepas tu baru lah kereta hidopp....alhamdulillah........

Jam dah pukul 8 mlm.....maghrib tak solat lagi.......kitorang pon menapaklah cari surau kat Plaza Pantai tu......jalan punya jalan, surau yang dicari tak jumpa jugak....'manalah pulak surau ni, nyorok ke apa?'.......tanya pak guard, rupa rupanya surau kat 'bawah tanah', parking underground......masa tu jalan dah letih gila dah....mummy plak dah senget senget jalan.....katanya ' sakit perut la bang, tak larat dah ni'.......
Kitorang bertahan sampai lah jumpa surau, then solat maghrib dan tunggu isyak sekali......
Lepas semayang, mummy kata perut rasa tak selesa.........

On the way balik, kitorang tapau KFC kat Kuchai Lama......balik rumah dah penat yang teramat sangat.....tapi mummy asyik kata perut dia tak selesa.......oleh sebab masa tuh dah penat sangat....kitorang tido dulu, then saya kata 'kalo ada rasa sakit berterusan, kita gi spital la malam ni'.....
Kitorang buat kesimpulan, sakit tu datang sebab banyak jalan hari tu. Kata orang, kalo nak cepat bersalin, kena banyak berjalan.......

Jam 6.30 pagi, 27 June 2008.
Lepas solat subuh, kitorang plan nak gi spital. Sakitnya dah berkurang, tapi rasa nak gi spital jugak sebab takut takut apa apa pulak jadi nanti......Sepatutnya kitorang appoitment ngan doktor Khamsiah kat Annur Bangi tu esoknya, tapi kitorang nak pegi awal lah.......

Plannya, kalo lepas check takde apa apa, masing masing terus pegi keje....so, kitorang bawak lah kereta sebijik sorang......sebab Mummy nak gi ofis, saya plak client kat Bangi tu je......tapi memikirkan kalo ada apa apa, kena teradmit hospital ke, kitorang terus bawak baju, dan beg penuh dengan pakaian baby.......

Check ngan doktor.....Doktor tanya "ada rasa sakit ke?"...Kami jawab "ADA!".
Bila check, rupanya dah terbukak 3cm dah!!.....doktor terus suruh admit ke hospital.

Jam 12 tengahari ,
Terus masuk ke labor room. Masa tu kitorang sengih sengih lagi, sebab happy bercampur baur.
Siap buat lawak macam macam la.......tapi dah mula tepon family kat kampong, inform they all.

Jam 12.30 tengahari,
Dr Khamsiah datang, tolong check dan pecahkan air ketuban.

Jam 1 petang,
Saya gi solat jumaat kat depan masjid tuh je, Masjid Hassah, Bangi. Balik solat Jumaat, sempat lagi gi client kat depn Warta Bangi tu. Jumpa team, and request the related schedules to do up the tax section. Angan-angan Mat Jenin, ingat nak keja kat spital, malam malam.....huh

Jam 3 petang,
Doktor pakar bius datang, bagi masuk epidural dalam badan. Nak kurangkan sakit.

Jam 5 petang,
Dr Khamsiah datang check lagi. Dah 7 cm dah!!

Jam 6 petang,
Mummy tetiba rasa sakit teramat sangat. I know it's time now. Dr Kham datang. Bidan pon ada.

Jam 6.45 petang,
Our first baby selamat dilahirkan ke dunia!!..Alhamdullillah. Semuanya selamat.

Hari ini 8 July 2008:
Wafiy sudah berusia 11 hari, kuningnya makin kurang, tali pusat dah putus, tapi buang air besar nya banyak!! Ada la dalam 7-8 kali sehari agaknya. Tp itu normal, kata nurse yang datang check kat rumah.
Zue dan Wafiy dok kat kampung Sabak Bernam, berpantang kat sana.
Saya pulak jadik 'bujang' balik, seperti 2 tahun yang lalu, masa kitorang dok jejauh, sorang kat Melaka, sorang kat KL.

Kami bersyukur sebanyak banyaknya kepada Allah swt atas kurniaan ini.

Perkara coincidence yang berlaku yang paling best adalah:
1. Birthday Zue 26 June 2008, birthday Wafiy 27 June 2008 (kira hadiah hari jadi la ni)

Senyum je manjang....hehe

Gambar nanti akan diupdate

posted under | 3 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments