Miss my 2 heroes

Bersiaran dari rumah...El dah masuk 2 hari ni

Wafiy demam panas....kalau panas..panas sungguh
Check kat klinik ari tu doktor kata demam biasa
Demam on off since saturday and today the complete package of flu and cough tag along with the fever
Malam memang tak bleh tido
Bukan setakat merengek.....guling2 lagi. Tapi menjelang pagi elokla pulak
Tapi asyik tido je
Ubat semua dah bagi
Risaunya hati

We are going to the hospital today if he doesn't show much improvement
Huuuhuhuhuhu by the way..hubby on really tight schedule that he needs to even spend nite at the office since last week
Rasanya kalau kampeni tu kitorang punya ..I bet by end of this year kitorang memang dah jadi millionaire..Malangnya kuli cabuk je
So...I'm all alone
He promises me that the job will be over this afternoon

Hope soooo
Kalau tak mama wafiy nak "mengamuk tahap dewa" depan ofis hubby

update
sib baik hubby balik tghari tu...so tak sempat meroyan depan ofis hubby. balik tu tido berpeluk-pelukan ngan wafiy. Sayu lak nengoknya

posted under , | 4 Comments

Passion and Casting

Usai dari training Teaming with Passion kat ofis
Kat kampeni ni semua wajib pergi
And it is indeed an interesting training to join
Siap berpeluh...berserak suara bagai

You learn something that u already know
Yup it is
So what's the heck ..
Well it's just that we simply forgot to put it into action
What had been taught to us since we were small
Back to Allah...be corteous ....pendek kata bersopan santun dan sabar itu separuh dari iman

And other story
Since last week a production team was doing their casting at our housing area
Yet I don't have any clue whose the actor /actress
But since I don't catch a glimpse of Fahrin Ahmad.....or Jehan Miskin
I just simply ignore it

wakakakkaka
Jangan marah abang
Apa pun kau tetap POOOOJAAAANNN HATIKU :)

posted under | 2 Comments

Setiap tahun

Mengalahkan orang dapat bonus 9 bulan

Kat sini, kalau time2 gini pandai je dealer kereta buat auto show kat lobi
Kot ada yang increment lebih2...bonus melimpah2 nak tukar kereta
Tahun ni Toyo** buat auto show
Selalunya tiap2 tahun sure gilir2 nya dari Toyo**, Ho****, even Malaysian car

But I bet kalau kat Cel***, buat auto show Merce***, B** sure ada yang rembat
almaklum masyuk je tahun ni

Apa pun ku tetap suka suki dengan Kancil biruku :)
Jemput naik ..jemput naik

posted under | 4 Comments

Hasil Tuaian Kami

Dah 2 minggu tak melawat tanaman belakang umah

Mak dok bising "kacang panjang ngan bendi kau dah masak tu. Petikla"
Hihihihihihi almaklum..orang tak biasa bercucuk tanam
Bendi dah masak. Siap ada yang dah tua. Takpela kami buat benih pokok seterusnya
Kacang panjang lak dah siap masuk dalam nasi goreng pagi tadi

Senyum lebar hubby tgk hasil tanaman dier
Bangga tul

Nanti biler2 free kena cabut rumput lak
Dah semak balik dah

posted under | 0 Comments

Anak..anak

The time finally has come

And to be frank we kinda of worry that we are not be able to manage it properly
Wafiy's tantrum...phew


Minggu lepas start la mula
Tetiba pukul2
Menjerit2
Tak bleh tunggu sikit..startla gear 3 (hambik bukan gear 1 pun)


Uuuuhhh ooohhhh................
Semalam merajuk ngan mama sampai nangis dekat 20 minit. Alih2 biler mama cakap nak jalan (memang nak keluar pun time tu) terus diam. Excited je

Subhanallah..mencabar jadi mak bapak ni
Moga Allah bantu kami agar dapat mendidik anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh ..amin

posted under , | 0 Comments

Selamat sudah

update - Sudah selamat mengambil EBMku semalam. thanks again kak zarid sebab sudi meminjamkan peti

bnyknya plan nak buat minggu ni sigh

posted under | 0 Comments

EBM ku di Peti Orang

We received notice by TNB saying that there will be electricity shut down for this thursday from 11 am to 6 pm

"Berpeluh makcik baca kertas kuning tu"

Bukan apa....mana la ku nak simpan stok EBM yang nyawa2 ikan tu. Adala adalam 13/14 bungkus of 5 oz

Nasib baik ada kak zarid yg rumah dekat..bleh jadi penyelamat. Thanks akak
Maka selamat la ku hantar EBM tu malam tadi. Tumpang sat. Nanti jumaat ku kutip semula.

Phewwww selesai satu masalah

posted under | 5 Comments

Kemahuan ????

Senyap sunyi yeee...

Balik kg last week sebab bapak sakit
Balik malam rabu dan balik sini hari ahad
Alhamdulillah....nampak perubahan yg bagus

Dari asyik muntah sejam sekali..tak makan cuma minum 3 sudu nestum
Makes me worry to death
Dia tak nak masuk hospital yg dekat dekat umah due to bad experience and treatment
Nak bawak balik KL memang tak larat travel
Berbekalkan ubat2 klinik, injection dan doa...alhamdulillah
Tapi kalau lepas kena lagi nak kena bawak gi spital jugak

Emak meninggal masa ku umur 11 tahun
Tiada galang ganti cuma untuk bapak ku cubamenjadi anak yang baik
Dengan keluarga yang agak kecil dengan 3 orang anak perempuan
Kakak pulang ke kelantan dan adik yg masih di tingkatan 2
Maka tanggungjawab itu adalah padaku

Hubby dan orang sekeliling selalu tanya
Tak nak buat PhD kat UK, Autralia..etc?
Kemahuan memangla ada
namun memikirkan bapakku ...ku letak harapan ke tepi
Ku sambung Master di Shah Alam je
Dan walau ku sambung PhD pun mungkin di sini-sini saja

Itulah kemahuan mungkin berbeza dari realiti yang sebenarnya
Apa pun ku cuma ada seorang bapak je

posted under | 0 Comments

SPM dan anak kita

Di ofis orang dok berbisik2 ..ada ke "duit lebih kampeni bagi tahun ni?"
"Berapa bnyk".... and list goes on

Being me...insyallah kalau ada rezeki tak ke mana...(walaupun lebih bnyk lebih bagus utk ku berjalan2 bersama hubby dan wafiy :) )

Dan hari ni ku EL ...asik berlari anak keluar masuk toilet
Nasib baik anak tak angkut sekali
Sib baik ada ayah chik --->adik hubby yg ambik result SPM tadi
Alhamdulillah takderla dapat cemerlang sampai semuanya A (hubby sila jangan kembang semangkuk k)

Tapi knowing him.....dierlah paling sabar dalam ahli keluarganya
You can just ask him for anything
Kalau time raya...saper lagi yg paling sabar buat roti jala sampai 3 kg pagi2 buta..kalau tak dier
Antara pakciknya...yang paling wafiy suka ..dierla orangnya
Bak kata orang "sejuk perut ibunya"

Mungkin anak kiter takla sebijak sampai jadi angkasawan negara
Atau juga antara mereka yang terkaya
Atau juga mereka yang banyak A waktu periksanya
Namun andai dia yang yang mendengar kata
Dahan yang boleh dipaut ketika waktu apa jua
Berilmu dan beragama
Pasti sejuk perut ibunya...amin.... semua ibu pasti mahu yang terbaik untuk anaknya

esok pagi2 nak outstation ke Taiping lagi..tapi ni dah lepas tgh malam hubby tak balik lagi
Sigh....

posted under | 4 Comments

Sabar itu separuh daripada iman

PISS OFF.....herg

Sabar- sabar.........

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments