Cafe at Taman Tun
Kat T_ TTDI ada satu cafeteria ( satu je pun). Masa mula2 masuk, the food consider ok. Tak yah beli kat luar and cheaper. Sebab diorang tak yah nak bayar bil air, bil elektrik setakat sewa yang diorang gunakan untuk kepentingan surau. Barang elektrik semua ada, microwave, peti sejuk. Kira murah la kan. Cuma masalahnya tak boleh masak kat situ. So, kena masak siap dari rumah. Jual kat situ.
Uncle sebelum ni ulang alik dari Selayang, so jauhla sikit kat dier. Yela kena ulang alik banyak kali. Pagi2 bawa breakfast, then sebelum lunch time balik ambik lauk lak. So, dier pun tarik diri.
Maka bermulalah zaman makan di luar waktu lunch. Mutiara Damansara, Damansara Perdana semua kitorang layan (termasuklah The Curve and Tesco. OU is excluded due to traffic congestion). OK gak cuma aku yang malas ni merasakan sedikit ke "tak best" an sebab tengahari kan ke panas.
La ni, ada auntie yg baru masuk jual kat kafeteria tu. Orang bandar utama je. Dekat kan. Tapi auntie ni species pelik sikit. Mula2 agaknya dier ingat yg kerje kat TTDI ni semua korporat sgt la kot, so dia bagi rege punyala mahal.
Ada ke paru sekeping 2 ringgit. Paru unta apa? Ape lagi bising la semua orang kat sini. Sepinggan nasi je dah cecah RM7/RM 8. Pergh kalau lauk gempak takper. Setakat nasi, paru 2 keping & sayur.
Bile dah kena komplen, dier jadi murah sikit tapi catu tu makanan. Ala2 duk kat asrama. Katakanlan korang ambik sotong, dia cakap 1 badan 1 janggut je. (Kalau lebih? Auntie tu akan kuis janggut / body sotong tu dari pinggan korang dan pulangkan balik dalam bekas dier. @#%$$)
Ari tue dier tanya, if I charge ice 20 cent is it ok?---- dengan baiknya menjawab--- ok. It's standard (dengan bayangan di kepala ice tu penuh). Alih2 dier isi 7/8 ketul je. Panas je hati.
Biler dier bawa rendang tok, dier pi tulis FOC. Ok la sebab serbuk je pun dier bagi. Pastu ada la orang tanya, daging takder ke? -------- Auntie ni pun menjawab dengan muka tak bersalahnya. Ooo I purposely bawa serbuk je. Takut u all tak mampu bayar!!
Mak aiii, masa tu semua rasa macam nak %&^%&(%&^%%$^%^ . Agak2nya kene bawa financial statement / buku bank kot kalau nak gi makan.
Bnyk lagi la peel makcik ni. Kata penah niaga kat MIMOS. Tapi sah penipu kalau setakat nak kira2 pun main tulis kertas, pulangkan baki salah lagi. Tu termasuk dier cakap, kalau u pandai scope lauk tu (1 sudu makan je pun) bnykla dapat lauk. Kalau tak, kuah je. Kalau ikutkan ati, nak je menjawab "eh makcik suka ati saya la nak scope bnyk mana pun. Saya bayor la". Nasib baik aku terkenang baby dalam perut. Bisnes pe bender, makanan kat dewan makan asrama pun jauh lebih baik. Tak pernah lak ada makcik dewan makan tegur " adik jgn ambik lauk bnyk2 ye. ambik satu sudu je".
Bermula saat tu, kami beramai2 memboikot auntie tu. Pandai2 la kau. Ari tu dier tegur dalam lif masa nak balik, kenapa tak makan kat kafe. Dengan selamba menjawab, "nak ambik lauk lebih pun nak berkira, baik saya makan kat tempat lain. Bayar sama juga".
Demikianlah kafe di TTDI.
3 kata kata:
hahah.. lawak lawak..
padan ngan muke macik tuh.. dia pandai berbahasa.. kite pun kena pandai berbahasa.. muahahha
tula akak. sekarang semua orang duk berlagak ngan dia. mahei sangat, kalau berbaloi takper. yela kalau tarap2 otel tu kira ok la
adik, lupa la awak kat ttdi, last friday i went there la ada demo simulation MERS
anyway, will visit u another time if i go there ok!
take care of yourself
Post a Comment