Rutin mengepam

Entry 2 special utk sechdah, k.herni and all pumping mothers

Usai pulang dari JW Marriot - ku mc keesokan ari..lututku merengek2 kesakitan. Sambil berbunyi kruk krek kruk krek..ku diberikan mc dan pain killer (ingat nak buat mode sastera melayu ---> tak pandai la makcik)

Dan hari kamis sekali lagi ku ada seminar di JW Marriott tapi kali ni ku naik teksi...advance wooo lututku kan dah merengek2.

Firstly...umi sechdah dah bagi the coolest advise ever to her (lek sekdah, yusuf ok lagi tu. Upgrade 3 oz tu 4 oz per drinking).

Rutin "si pengepam"

Firstly, semua orang tau pasal konsep demand-supply kan...seelok-eloknya sepanjang tak bersama dengan baby kena pam 3 jam sekali. Buatlah rutin mengepam yang kiter boleh follow.

Jadualku:
Sesi 1. Pam pagi lepas bangun tido. Ku bangun setengah jam awal untuk mengepam. Ku bangun kul 5.30 pagi..kul 6 nak mandi, solat bersiap bagai
Sesi 2. Pam pukul 8.00. Selalunya before start the day at office dan selalunya ku buat lepas breakfast. Masyuk gitu. Lepas tu memang ada alasan utk ada "second breakfast" ekekekkeke
Sesi 3. Pam sebelum lunch/selepas lunch. bergantung kepada "kelaparan" dan sempatnya nak cilok masa
Sesi 4. Pam waktu time solat asar sebelum balik. Pam time petang memang agak kureng dari pagi sebab pagi hormon prolaktin tinggi. Tu sebab orang kata bagus pam tengah malam atau dinihari (ayat sastera wokeh). GM ku dulu kan pompuan, kadang time pam syok dier citer sambil teman aku pam :P
Sesi 5. Pam sebelum tido.

Ada orang buat sampai 6 kali sesi dengan bangun tengah malam. tapi ku tak larat. tapi frankly time table 5 kali sesi tu ku buat sampai wafiy setahun. Masuk setahun mood malas melanda jadi pam 2 kali.. hambik kau.. kadang cukup2 atau dapatla extra sikit..Jadi semenjak sebulan ni.. ku upkan jadi 3 sesi balik di ofis (umahku kan 2 tingkat..tak larat turun naik..lututku kan merengek2)

Sebenarnya masa baby less than 1 year..agak senang sikit nak upkan susu..lepas setahun ni iskkkk semangat kena lebih ooo. Tu sebab buatla stok utk kemudahan kendian hari. Ku pun masih bertatih2.

Ooo ye buat ibu2...masa utk mengepam anda buatla kesesuaian anda especially ku tahu semakin ramai anak semakin bnyk tanggungjawab (ni memang super mommy la kan mereka2 ini)

Ooo ye nanti ku share apa kena buat kalau susu drop...(ala standard la tu kadand di atas kadang di bawah)

posted under |

2 kata kata:

@}--- said...

banyak kalinya pump!!! skali pump dapat berapa oz?

Zuedin said...

sekali pump dapat berapa oz tu vary sikit between individu. ada orang dapat bnyk, ada orang dapat sikit. Kalau nampak orang lain punya lagi bnyk, jgn pressure. mungkin anak kita dapat sikit. tapi setakat ni paling bnyk bleh dapat adala dalam dekat 30 oz utk total sehari kot.

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments