Happy Day......

What a happy day... Time cuti krismas, we spent such a precious time together.
Abang belanja tengok "Golden Compass". Yeye tau..orang lain dah lama tengok, kami baru nak tengok. For the last 2 3 weeks, both of us got flu and fever. Berganti2 pulak tu. Kang kalau pergi time tu bising lak jadinya.. apa taknya bunyi srot sret srot sret buang hingus. Ada orag cakap, hubby pun kene "penangan baby"juga. Sib baik tak lebih2

Tapi bagus juga, tengok cerita lambat2 ni. Orang tak ramai, Kitorang macam piknik je dalam tu. Not to mention that I can even baring2 on my hubby lap :)

Next, kitorang jalan2 kat JJ Balakong tu (yela kan ke sekarang ni tgh sale). Niat di hati nak cari skirt utk preggy + blouse , tapi semua tak sama taste. FYI, though I'm merely 3 months pregnant but I already bulat here and there. My sis told me "kembar air". Sort of la

So, my next mission is to go shopping to Mid / Sogo / OU. Bleh kan abang sayang....heheheh

Abang belanja makan kat our favourite restaurant "Johny's". (Ye ke tu ejaannya). Teringin sangat nak makan nasi.... tapi biler datang je nasi tu atas meja... terkelip2 je nengoknya. Parah betul sekarang ni. Makan dahla memilih, bau kuat sikit dah sakit kepala, loya muntah. Adeh mc pun asyik tersusun atas meja bos (nasib baik GM baik)

So, sebagai ganti makanla pisang goreng cicah sambal bilis... biler lapar lagi korek aiskrim, buah, coklat, dan yang seangkatan dengannya. Hopefully baby sihat2 je ( doakan tau)

Oklah. First post from mrs zuedin

posted under | 0 Comments

Bandar Mahkota Cheras - Isu yang tak berkesudahan

Salam.


Nak cerita la skit pasal Bandar Mahkota Cheras (BMC) ni.

Kawasan BMC sebenarnya berada dalam kawasan Kajang, Selangor.

Tapi takdelah dah sampai kat area bandar Kajang tu. Dia dekat dengan Sg Long, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana dan Sg Sekamat. Tu semua taman-taman yang berada di sekeliling dia. Dan menurut kata orang sekeliling, BMC dan Sg Long ni adalah 2 taman yang paling besar di daerah Hulu Langat, Selangor.


Kawasan ni memang besar yang teramat sangat. Dan orang yang duduk kat taman ni pon dari hari ke hari makin bertambah. Oleh sebab kami dah duduk di taman ni sejak dari Nov 2005 lagi, memang kami nampak dengan jelas pembangunan di kawasan ni, termasuklah pertambahan penduduknya.


Tapi memang ada cerita yang tak best skit kat taman ni....

Ceritanya sebab jalan masuk ke taman ni dan taman Sg Long cuma ada satu je....diulangi, satu je lana keluar masuk.....ada lah lagi satu jalan yang dibuat oleh pemaju BMC, tapi ditutup oleh pemaju lebih raya Grand Saga....sebabnya; jalan tu memotong dibahagian sebelum tol RM0.90 sen. ........


Jalan tuh dah siap dah....tapi memang dah 2 tahun tak bukak.....

Baca sini:

Penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) mempunyai satu hasrat hendak menyampaikan kepada Perdana Menteri Y.A.B. DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI."BUKA JALAN; TANPA TOL"Jalan Akses Utama BMC telah ditutup oleh Grand Saga, tol konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, sejak Okt 05, Grand Saga membina tembok menghalang penduduk daripada mengunakan Jalan Utama BMC, memaksa penduduk-penduduk mengunakan Jalan Sg. Long yang lebih jauh sebanyak 4.2KM untuk masuk ke lebuhraya Cheras-Kajang dan bayar tol.Penduduk-penduduk(BMC) amat dukacita dengan pengumuman Menteri Kerja Raya, Dato Seri S. Samy Vellu pada 19 Jun 07 di parlimen, candagannya penyelesaian isu penutupan jalan akses utama BMC ialah membina tol plaza di jalan akses utama tungal BMC.Pada 13 Julai 2007, penduduk-penduduk BMC telah meyampaikan Memorandum bersamaan 11,000 tandatangan bantahan pembinaan tol di Jalan Akses Utama BMC Kepada Perdana Menteri di Perjabat Perdana Menteri.Isu kandungan Memorandum adalah seperti begikut.Memorandum Kepada Perdena MenteriY.A.B. DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI13 Julai 2007 (Jumaat), Pejabat Perdena MenteriDaripada Ahli Jawatan Kuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota CherasMemorandum Kepada Perdena Menteri Y.A.B. DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI pada 13 Julai 2007 (Jumaat), di Pejabat Perdena MenteriDaripada Ahli Jawatan Kuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota CherasDato Seri,Kami Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) amat dukacita dengan pengumuman Menteri Kerja Raya, Dato Seri S. Samy Vellu pada 19 Jun 07 di parlimen, candagannya penyelesaian isu penutupan jalan akses utama BMC ialah membina tol plaza di jalan akses utama tungal BMC.Jalan akses utama BMC telah di tutup selama dua tahun oleh tol konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang iaitu Grand Saga Sdn Bhd dengan membina tembok, menghalang penduduk BMC mengunakan jalan akses utama. Memaksa penduduk BMC bayar dua tol Tol Batu11 dan Tol Batu9, apabila hendak ke arah Kuala Lumpur.Penduduk BMC terpaksa berkongsi satu laluan iaitu Jalan Sungai Long dengan Penduduk Sungai Long dan Taman Rakan. Jalan Akses Utama BMC kearah Lebuhraya Cheras-Kajang hanya sepajang 1.5KM. Jarah Jalan Sungai Long pula sepanjang 6.7KM, ertinya Penduduk BMC dipaksa gunakan jalan yang lebih jauh, dan dipaksa bayar tol.Kalau jalan akses utama dibuka tanpa tol, Penduduk BMC bukannya guanakan Lebuhraya Cheras-Kajang secara percuma, penduduk BMC perlu juga bayar Tol Batu9 sebanyak RM1 sehala untuk kearak Kuala Lumpur. Begitu juga apabila balik dari Kuala Lumpur. Pemduduk BMC tidak faham kenapa dipaksa bayar dua tol.Jalan akses BMC adalah satu jalan yang disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Kajang keatas pemaju BMC membinanya dalam Perintah pembangunan yang dikeluarkan pada tahun 1994, iaitu sebelum perjanjian konsesi Lebuhraya Cheras-kajang ditandatangangi antara Kerajaan dan Grand Saga Sdn Bhd pada 1995.Memandangkan keperluan membina jalan akses tersebut telah ditetepkan lebih awal sebelum wujud perjanjian konsesi, maka Grand Saga tidak berhak menuntut sesuatu keatas pemaju BMC.Persimpangan jalan akses BMC ke Lebubraya Cheras-Kajang memang wujud lama yang digunakan oleh penduduk tempatan sebelum BMC dibina.Jalan akses itu dibina menurut pelan yang diluluskan danbukan sesuka hati pemaju untuk menghubungi Lebubraya Cheras-Kajang.Pembeli rumah BMC menjadikan laluan bebas tol sebagai factor pertimbangan utama membeli rumah.Pembeli rumah BMC sudah menanggung kos pembinaan jalan akses menerusi kos penyediaan kemudahan prasarana yang deserap dalam harga rumah.Adalahkah satu kezaliman yang melampau bila wang RM16 juta telah dibelanjakan dan bila disiapkan jalan tidak boleh digunakan mal ditutup oleh Tol Konsesi lantas menjadikan rakyat sebagai mangsa.Syarat-syarat yang ditandatangangi diantara LLM, Grand Saga dan pemaju tentang bayaran gantirugi, pampasan, sepatutnya diselesaikan diantara tiga pihak tebabit, penduduk BMC tidak sepatutnya menanggung segala ini. Candagan pebinaan tol, seolah-seolah segala bayaran gantirugi, pampasan ditolah keatas bahu penduduk BMC, dibeban oleh penduduk BMC, ini tidak adil.Sebagai penduduk BMC, Kami meyuarakan hak kami. Harap Dato Seri membatahkan cadangan pembinaan tol di jalan akses utama BMC dan bukalah jalan untuk rakyat sejati Malaysia.

Beberapa perkara yang boleh diperkatakan:
1. Perniagaan tol dan jalan raya di malaysia adalah antara perniagaan yang paling mudah nak buat duit di malaysia ni. Confirm tiap tiap tempoh masa tertentu, bayaran tolnya pon akan naik. Sapa yang tak nak untung?? Inilah hasil daripada dasar penswastaan yang tidak teratur dan semberono. Hanya menguntungkan pihak pihak tertentu sahaja. Rakyat jelata??? Tengok sahaja lah.

2. Kalau dah sampai tahap buat surat kepada PM, maknanya isu ni dah sampai tahap 100 darjah celcius. Boleh meletup!! Pak menteri tak buat kerja ke? Sendiri jawablah ye.

3. Pemimpin dipilih melalui pilihanraya. Demokrasi. Tak kira lah demokrasi ala malaysia ke. Tujuannya; mewaili rakyat, menyelesaikan masalah rakyat. Tapi, kalau masalah tak dapat diselesaikan? Apa option yang rakyat ada? i) Tengok sahaja. ii) Buat donno. iii) Tunggu pilihanraya baru. iv) Demo??. Anda pilihlah sendiri.

Untuk bacaan lanjut, boleh refer di sini. Siap dengar gambar demo lagi!!

Apa pun, oleh kerana masalah ini, banyak rumah di taman ini jatuh harga. Undervalue.
Sesapa yang nak beli rumah sini sekarang digalakkan la sangat. Jadi masa nak beli tuh, boleh la doa banyak2, moga moga jalan tu dibukak!!

"Doa orang teraniaya, insyallah akan dimakbulkan Allah swt"

Amin.

posted under | 0 Comments

Itulah Kami.....

Salam perkenalan kepada semua.....
Alhamdulillah.....akhirnya termakbul juga hasrat kitorang nak ada blog sendiri.....ye lah kan...zaman hari ni semua orang sibuk nak ada blog.....nak kongsi cerita la kira kiranya......bukannya apa....dengan kongsi cerita, kira kongsi pengalaman.....kongsi idea....kongsi buah fikiran......dan macam macam lagi......
Daripada hari hari dok bukak blog orang je....itu yang terasa nak ada blog sendiri....boleh la nak merapu skit....hahah.....

Sebagai perkenalannya.......kami perkenalkan diri dulu la yek...

Nama: Muhamad Izzudin Azahari & Zuraini Mohamad Maskor
Asal: Pasir Mas , Kelantan & Sabak Bernam, Selangor
Kerja : Kuli PwC & TM
Alamat sekarang: Bandar Mahkota Cheras (BMC), Kajang, Selangor. (cerita pasal BMC ni, panas jugak...tunggu lah reply akan datang.....)
Hobi: Tengok Man Utd main & Baca blog orang!! (HIDUP MAN U!!)
Tarikh kahwin : 26 Nov 2005 (alamak, dah 2 tahun rupa-rupanya!!)
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan : Gugur 'anak' pertama masa raya 2006. Huk huk...sedeyyyy......

Biasalah kan.....rasa macam banyak benda nak tulis....tapi....biar dulu...skit skit....
Idea macam macam......

My interested topic would be:
1. About my family (of course beb!!. Expecting new family members somewhere in July 2008)
2. Football (ni dah sure, penyokong kuat Man U dari tahun 1992...so banyak benda boleh tulis jugak)
3. Politics (hehe,.....malaysian politics...BN vs BA, Umno vs Pas ...and bla bla bla....we'll see)
4. Current issues (ini banyak benda ni.....baca paper hari hari confirm boleh belasah je......sape sini tak baca paper??....dok kat hutan je laa.....)
5. dan lain lain lagi.....(ie music, cars, economy......and etc)

So....bacalah skit skit ....
Insyallah kita buat blog ni jadi macam ruangan kongsi kongsi pandangan.......

Wassalam.

Dari,
Teratak Bandar Mahkota Cheras.

posted under | 0 Comments
Newer Posts Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments