Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Kami akan pulang kampung hari sabtu ni tapi akan pergi umah my sis kat Tg malim ari jumaat utk ambik kuih muih. So lepas ni takderla access to the net for one week. Jadi kami sekeluarga ingin mengucapkan:


"Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Izzudin, Zuraini dan Nu'man Wafiy. Maaf zahir batin. Halalkan makan minum kami dan moga kita dilimpahi Rahmat dari-Nya"

P/s - tahun ni kami nak raya keliling kampung sakan. Biar wafiy kenal semua sedara mara ...hihihiihihi

posted under | 3 Comments

Seronoknya....

Seronoknya biler puasa kali ini kami sambut ber3. Tahun pertama sambut sorang kerje kat Melaka sorang kat KL, ala2 bujang gitu. Tahun ke-2, kami sambut berdua je. Tahun ni ber3. Alhamdulillah biler kompeni bagi balik awal, mama sempat la prepare makan buka utk sekeluarga. Tercapai juga hajat, tho kadang ada masak simple2. (Tu pun sib baik hubby tolong kan...kan...) Ada la gak beli kat luar dalam 2 3 kali. We admit it is expensive especially when you bought those at TTDI (nak buat guano, ofisku di situ). Lagi satu, anak tekak kami macam tak bleh nak terima sangat. Mesti ada lebih walau kami bli sikit je. Sikit pun kuih mesti ada 2 jenis, lauk 2 jenis dan sayur. Kalau tak cecah at least RM15 tak sah. Isk isk...

Seronok juga sebab atuk Sabak dah kluar dari spital semalam lepas kena warded for 2 weeks. Cian separuh puasa duk spital. Memang kami selalu datang lawat dan antar makanan buke..tapi manala nak sama makan kat umah. Semalam lepas my sis ambik kat spital, terus buat permintaan nak makan ayam kampung..... Tu pun kami duk tak bagi gi terawih kat mesjid, yela malam bukannya mata tu clear sangat. Buat terawih kat umah ngan bonda pun apa salahnya. So tak sabar nak balik kg weekend ni... Bleh hubby bawa bapak gi mesjid, pasang pelita keliling umah, main mercun sakan (ok hubby spend RM1++ nak beli mender2 mercun ni, isk isk isk kalau buat mencekik best tu). ---->Alasan - ala nak main ngan bebudak ni. Apa salahnya belanja diorang . (Belasah la bang)

Seronok juga sebab dengan lagi 5 hari nak raya ni... mama masih mampu beri exclusive BF kat wafiy dan tambah stok lagi. Alhamdulillah. Peti sejuk makin tak muat. Ayam dan ikan makin menepi dan menyelit2. Nak buka freezer pun kena ati2 kalau tak mesti sakit kaki sebab bnyk frozen EBM yang tergolek2 jatuh keluar. Sakit woooo apetah lagi yg hak 7 oz tu. Syukur sangat2. Biler ada citer yg pasal contaminated milk kat China tu, makin semangat nak teruskan BF. Hmm ada gak bagi hint kat hubby bli deep /chest freezer. Tapi tgkla nanti. Moga Allah panjangkan rezeki wafiy.

We went for 3rd month jab last weekend. Sekarang wafiy dah 6.2 kg. Lahir - 3.25 kg, 1 MO - 4.1kg, 2 MO - 5.3 kg, 3MO - 6.2 kg. After jab, wafiy tak demam or cranky pun. Baik anak mama ni. Cuma kadang2 tu biler tido awal sangat, biasala kul 3 pagi dah bulat matanya ajak abah ngan mama borak. huhuhu sib baik dier pesen bukan jenis nangis. Biler kami letak Mr Bee (bee toy) dier bleh layan borak lama tu. Belasah la..

Last weekend, jumpa kawan2 uni dulu anas, kak herni + irra and her sis kat umah irra. Host 'prepare' nasi beriani kambing tuh. Mama bawa trifle.. kak herni bawa sayur campur yg pakcik aka azlan masak and anas kuih muih. Wawa tak dapek nak datang. takperla lain kali ye dear.
Best best... borak tak hingat punya. Last kami semua jumpa masa mama preggie 6 months. Nanti raya kiter jumpa lagi ye geng

Tapi cian lak rasa sebab MOYANG pompuan wafiy yang kat kelantan sakit lak. Kat kelantan even ada ATAS MOYANG lagi. Kire wafiy ni pangkat piut la dah. So MIL tak sempat prepare paper. So, jap lagi mama nak gi bli biskut kat pasar TTDI. Not bad. Hubby nak gi tgk kat Jalan TAR esok. Isk dier dah start cuti..mama je belum. Tho takder per nak buat kat ofis.......sabor sabor

Ramadhan semakin sampai ke penghujung. Ya Allah.... kurniakanlah kami kekuatan untuk menambahkan amal ibadah kami. Jauhkanlah kami dari menjadi hambaMu yang lalai.. Amin.........

Up and down

Dugaan sungguh..atuk sabak (ayah mama) kena masuk spital sebab sakit matanya tu. So, kami akan pulang dari rabu sampai ahad. Kalau atuk tak baik lagi, mama mungkin akan ambik unpaid leave jaga atuk.....

In the mean time, alhamdulillah abah dapat offer kerje tempat lain. Tapi kami masih lagi memikir..mikirkannya....rezeki wafiy

Semoga Ramadhan pada kali ini akan menjadikan kami hamba-Nya yang lebih bersyukur..tabah..dan beriman

posted under | 2 Comments

Mama new Gadget



Finally the gadget that mama has been craving for arrived. Milk bottle sterilizer + car-homebottle-baby-food-warmer.

Naper mama beria-ia nak ada memender ni.
1. Setiap hari mama hantar 5/6 botol susu gi umah pengasuh. Susu yg mama dah thaw malam sebelum tu, mama siap2 masuk dalam botol. Mudah nak dipanaskan. Gi ofis bawa 6 botol utk 3 kali sesi mengepam. Total setiap ari mama kena sterilize 12 biji botol. Selama ni duk buat guna air panas dalam periuk. 2 kali sesi. Leceh2. Mana nak kemas umah, nak masak, lipat kain, basuh baju...etc..etc. Oh ye mama bukan seperfect Bree Hodge dalam Desperate Housewives...tapi mama cuba nak jadi macam tu bab2 uruskan umah :)

2. Kalau kat umah time sibuk2, abah tolong mama bagi wafiy minum syusyu. Selalunya time mama tengah masak la. But still 90% is direct BF. Kadang dah elok2 panaskan susu tu, wafiy tido padahal sebelum tu beria2 nak. Sejuk lak. Lagi teruk kalau lama sangat susu tu kena buang. huhuhuhuhuhu. Jadi lepas ni buh je siap2. Kalau wafiy nak, terus bagi. Sedap sebab hangat2 syusyu tu, jadi laju je si kecik abiskan. Lepas tu nanti2 boleh panaskan makanan si kecik dalam tu jugak. Dalam keta pun boleh.

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah... ari ni dah masuk ari ke-5 berpuasa. Kami izzudin + zuraini + wafiy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga pada tahun ini, Allah melimpahi rahmat-Nya agar kita dapat menjalani ibadah yang lebih sempurna.

Tahun ni, kami pun berpuasa ber-3. Wafiy pun dok temankan abah ngan mama berbuka. Tapi dier kena "berbuka poser" dulu kalau tak mesti sibuk nak orang temankan dier time mama ngan abah makan.

Last week, we went to Sogo for Hari Raya shopping. Pergi KL dalam kul 10++ tunggu jalan yang ditutup untuk Perarakan Merdeka dibuka. Pukul 11 elok jalan buka kami gi Sogo. Parking was heaven..kosong sana sini. What's more...wafiy bantai tido dari kul 11 sampai kul 7. Bangun time nak minum atau kena kejut. Kami pun sakanlan soping...(berhemah tau)

La ni...mama ngan abah tengah susah hati. Kat mata itam atuk Sabak ada nanah. Specialist bagi ubat titik je, so kena buh ubat titis setiap sejam. Bengkak pulak tu. Nenek pulak demam (ni mesti kes rindu wafiy ni). Kami nak balik kg la jap lagi. Mama dengan abah ambik half day.

Salam Ramadhan semua

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments