Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Menjelang aidilfitri yang bakal tiba, kami sekeluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran, kekurangan dan halalkan makan minum kami
Saya nak jadi hebat macam emak saya
Sejak saya kecik, bapak kerja di puchong
Jadi emak duduk di kg ber-2 dgn saya
Bapak balik hujung minggu je
Kakak belajar di nilampuri kelantan sblm pindah ke UM kl
Emak bukanlah sihat mana
Emak ada lelah teruk
Tiap2 bulan kami kena pergi hospital universiti
Emak kena sedut mesin besar yg saya panggil belalai gajah
Masa emak mengandungkan saya, emak kena marah dengan doktor since it risked her life
Itu sebabnya saya beza 9 tahun dengan kakak saya
Sebab nak anak lagi 1 jugak, emak tetap mengandungkan saya
Masa tu telefon pun takde.
Saya masih ingat, saya baca surat emak pada kakak waktu tu
Teruknya penyakit emak, kalau bulan poser, waktu tghari lepas balik dari tadika (emak saya cikgu tadika) emak mesti terbaring je.
Makanan berbuka pun pakcik jiran sebelah yg belikan
Insyaallah lepas buka, makan ubat emak sihat balik
Makan sahur saya, tak pernah makan sendiri
Emak yang suapkan....manjanya saya waktu tu
Tapi hebatnya emak saya, walau sakit tapi emak kuat semangat
Emak seorang yg suka bangun awal. Pukul 5 emak dah bgn
Emak dah sibuk buat itu ini
Balik sekolah, sesudah mkn tghari emak sapu keliling umah.
Emak mop rumah
Emak memang pengemas sampai keliling umah kami penuh dgn bunga orkid.
Emak siap ada rumah orkid yang sangat meriah.
Emah bela burung merpati dan ikan kelisa.
Emak sangat kreatif dan pandai memasak yg mana bakat kedua-dua tu ada pada kakak saya je
Kalau ada orang kawin, kadang2 diorang panggil emak hias pelamin, bilik pengantin
Pakcik makcik semua suka datng umah sebab emak rajin memasak
Kalau nak raya, lepas terawih emak sibuk buat kuih.
Berbalang2, paling kurang ada 12 jenis kuih.
Kuih yg susah2 pulak tu. Tat nenas bentuk nenas siap gunting satu2, kuih marmar, bnyk lg la kuih yang payah2 nak dibuat
Almaklum anak murid emak suka datang umah beramai2.
Budak tadika kan, kalau datang beramai-ramai paling kurang 5 orang
Siap datang berkali-kali
Kalau tinggal kat umah saya dgn kakak je, kami mesti menyorok sebab penat nak layan murid emak
Emak suka benda2 kraftangan. Buat bunga dari sisik ikan, ubi kayu, mengait dll
Kalau sihat, emak pergi kebun tgk pisang dengan pokok koko.
Belek2 bunga orkid dia
Walau emak cuma cikgu tadika, emak pandai simpan duit
Emak mampu beli emas yg waktu tu pun dah beribu2.
Kalau adik beradik emak kesempitan, diorang cari emak
Lepas maghrib, emak wirid panjang, ngaji sampai isyak
Emak rajin bgn malam jugak
Memang emak garang
Kalau emak kata putih, putihla
Saya memang takut dengan emak
Walau saya cuma kenal emak 11 tahun je, tapi didikan emak yang menjadikan siapa saya
Saya harap saya boleh jadi hebat macam emak
Saya harap saya boleh jadi kuat macam emak saya
Rasanya semua orang rasa emak mereka hebat kan
Saya rindu emak
Saya sayang emak saya
Al-fatihah buat zubaidah bt hj muhyi
Alhamdulillah selamat pulang dari Sabah
It's a new year
Hoping for a new challenge
To rejuvenate myself
psst - will update the trip later on
Kala kiter bersuka pasti ada yang berduka
Apabile kami dikejutkan berita 'pulangnya' jiran kami arwah en lokman ke rahmatullah
terasa betapa kerdilnya diri ini
Arwah masih lagi muda belum mencecah 33 kalau tak silap
Anak2 masih kecil masuk 3 tahun dan beberapa bulan
Moga Allah kurniakan kekuatan kepada kak fizah meneruskan hari2 mendatang
Kami jiran2 tetap akan ada di sisi
Insyaallah
Hari yang sama
Kami meraikan penyatuan 2 hati
emeli dan suaminya
di dewan yang meriah, berhias indah
Andai kiter pergi
Bagaiman bekalan diri ini
Bagaimana bekalan untuk yang disayangi
Inilah peluang untuk kami menilai diri ......
Alhamdulillah
my beloved deep freezer now with kak yati serving her beloved amar
(Nasib baik en matrix muat nak angkut)
hihihihihi
dah beberapa ketika freezer tersebut direhatkan (almaklum aktiviti mengepam dah abis..stok takder..stok makanan pun takderla bnyk sgt utk keluarga kami yg comel...)
Sebelum ni ada gak orang tumpang susu
by the time wafiy nak ada adik
insyaallah amar pun dah besar
bnyk tu kenangan ....paling hebat kenangan 600++ oz susu banjir dalam tu :P
wafiy minat tul dengan firas
all this while..kalau orang datang nak main mainan dier sure kedekut sakan
ni siap tayang toy box dier..offer lagi
Selamat Ulang Tahun Sayang
Thank you for being the person you are
Thank you for being my very good friend
Thank you for being a good 'abah'
Thank you for being with us
HAPPY 28 YEARS YOUNG SAYANG
pssttt - biler abang nak balik dari outstation ni? Bleh dating
Fuh fuh tiup sawang
Tiap kali nak berblog je mesti ada hal...(ke malas...alasan ....:P)
Apapun kami sekeluarga nak mengucapkan salam aidiladha kepada semua rakan2
Dan ketahuilah bahawa untuk mencapai sesuatu selalunya memerlukan pengorbanan
Mungkin tak berblog sebab all this while susah hati (I may smile and laugh yet deep inside I keep all my problems all with me). Bapa was admitted to King Faisal Hospital....usus berdarah...memang kena teruk sebab sampai terpaksa masuk darah. He took pain killer since arrived at Madinah for his knee pain...it explained why he got "usus berdarah". Alhamdulilllah...dah keluar cuma masih tidak kuat ...kami mintak bapa upah orang...if needed put him in wheel chair. Telefon mekah..hmm toksah kire..hampir tiap hari macam call fixed line ke fixed line. Doakan semuanya sihat dan selamat ye teman2
Alhamdulillah....perjalanan 3 minggu yang penuh dengan siri demam...batuk...selsema...etc etc semakin pulih
Cuma hubby masih lagi batuk teruk
Albeit the fact that he gets 3 days mc until wednesday.....he still wants to to go to work
And we shall go for leave on thursday and friday
Insyallah my parent will go for Hajj...alhamdulillah
Moga Allah kurniakan kekuatan kepada mereka berdua
Selamat pergi dan pulang
Doakan ye kawan2
Moga lepas ni Allah murahkan rezeki kami untuk mengikut jejak mereka..amin
The clock shows 8.04 am and my little family now staying at Kajang Specialist Hospital
Di kesempatan ini..kami sekeluarga ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran...salah silap yang disengajakan atau tidak disengajakan
Halalkan makan minum kami
Moga kite ketemu lagi
Kami doakan anda selamat tiba ke destinasi anda
dan selamat tiba di sini
Kami akan berada di Sabak Bernam dari khamis sehingga selasa dan Pasir Mas sehingga Sabtu
Jadi kalau lalu di situ bolehla singgah
pstt---- rumah kami sentiasa terbuka untuk kalian datang beraya
Sepi..
Jalan semakin sepi
Sebab bebudak dan mak bapak ramai dah balik kg
Anda dengar rumors kata ari kamis raya?
Weih peluh weih
Malam tu baru nak balik kg
Sekarang sibuk tgk citer Syurgamu Ramadan kat tv3
"Marah tanda Sayang"
"Benci Tanda Rindu"
iskkkk
Kalau kiter susah ada orang tolong tak?
Susah kan nak jawab persoalan tu...first thing mesti kene check the situation kan
Ari ahad on the way balik dari kampung keta hubby rosak....gear keta jem kalau dah jalan jauh
Nasib baik kami drive dua-dua keta..sebab ari jumaat tu mama balik awal skit. Ambik wafiy dan drive ke ofis abah. Dari sana bawak satu keta je
Nasib baik masa keta hubby tak bleh jalan tu dah memang kat Stesen Minyak Shell kat Grand Saga. Maka kami laki bini pun tolakla keta ke tepi. Wafiy??? Pemerhati yang penuh takjub melihat kekuatan mama dan abahnya
Time kami nak solat kat surau Shell tu dengar ada suara menjerit2
Rupanya ada 2 lelaki bermotosikal sambil bawak PARANG PANJANG nak belasah laki india yang bawak Merc ni (laki tu tgh isi minyak). Siap ada adegan lari2 sambil dikejar motor siap dihayun parang (macam tgk live drama pun ada). Nasib baik takder paper yang putus..kalau tak sah abah pitam
Hubby dah cuak sebab bilik solat kan asing2, dier dah ready kat luar kot nanti orang yang mengamuk tu buat cubaan nak masuk bilik solat pompuan (yang ada mama dan wafiy je waktu tu). Semua orang yang ada kat Stesen Minyak tu memang tak brani nak tolong, samada tengok je atau larikan diri.
Elok kami abis sembahyang laki India tu datang balik dengan tangan berdarah2. Few person tolong bagi ubat.... then he drove away
Memang tak dapat dilupakan. Mama pun terfikir...patutla banyak kes2 ngamuk macam ni tapi tak saper berani tolong. Memang tempah maut..
Apa pun kami bersyukur sebab takder jadi paper
Keta hubby pun dah elok semalam..adehhhhh mungkinkah si merah kami kena tukar ????
Alhamdulillah masuk hari ke-3 kiter berpuasa
Mama sampai ops kul 7. Kul 7.40 parking penuh (yup u read it correctly..it is 7.40 am)
4.30 on the dot ku cabut ..dan sampai kul 5 (since ada dropkan opismet)
Itu pun kereta bnyk kat jalan..sure semau keluar lepas sahur
Mama bli 1 lauk di opis (just in case jem, adela 1 lauk buat makan jadi tinggal masak nasi je)
Mama order lauk dari en adenan (ex staff kampeni ni). Siap ada menu bleh pilih and the food is great. Fax to him the day before and u'll receive your food around 3 pm
Siap delivery to menara, annexe, KLJ, TTDI dan EPF KL..pergh murah rezeki
yela last year, mama ada tempah gak dari M***** T******. Tapi makanannya menghampakan. Tu tak sambung this year
Kami cuba bawak wafiy ke masjid utk terawih. Tak berjaya....berpaut menjerit2...adeh
Kami solat berjemaah di umah je tahun ni
Moga tahun depan kami dapat mendekatkan wafiy dengan masjid
Tahun ni bier dier ikut sembahyang jemaah dengan kami (regardless the fact dier solat 1 rakaat. Sikit sikit lama lama jadi bukit)
Ari ni nak balik kg tgk bapakku
Sigh.....moga Allah permudahkan bapaku utk berpuasa .....beribadat...haji...etc...amin
Wafiy has obsession of putting his cars on stack. Wait..not only car..it can be anything that can be stack. Let it be pans, spoons, etc. Both of us believe he has good coordination and balancing. Once he finished stacking things, "mama nenok ni" (pelat anakku)
Last week 3 ari , pc masuk "klinik"
Lama tul. Nasib baik ada knowledge visit ke MAS di Subang, penuh ngan meeting
Takderla horror sangat...tapi minggu ni aghhhhhh sila buat kerja anda yang bertimbun tu
Tergoda melihat hasil rembatan kak yati di Nilai 3
Last weekend maka berjaya jugak memujuk lakiku ke Nilai 3
Nothing much..bli carpet yg amat berbaloi dan murah dan cantik dan few household items
Tapi bnyk lagi nak rembat either tak jumpa atau waktu tu cam terlalu berkira2
Biler consider balik barang2 tu kat KL, memang barang tu lagi murah
Kot berjaya pujuk hubby, nak gi lagi ujung minggu ni (sebenonya kena anta adik hubby kat USIM. His college was just 5 minutes journey to Nilai 3. Maka itu adalah alasan terbaik :) )
Dan ku telah berjaya membuat OREO CHEESECAKE YANG PERTAMA
Though it requires some enhancement later
Hubby tak makan sangat, dier tak minat bender2 manis (walaupun "made in kelantan")
Tu pun ku dah kurangkan sukatan
Ku sukala ...suka suki tul
Thanks kak farra.....ku sibuk tanya padamu sifu :)
Oppssss lain pulak...si wafiy yg jadi mamat bonceng
Haziqah plan bawa keta ekekekkeke
Kalau umi haziqah balik lambat, haziqah tumpang kami
Seronok gak tetiba ada anak 2 orang
Siap mandikan...makan...golek2 tgk tv
Dan kalau mama wafiy balik lambat
Numpang le si umah haziqah
Lucky enough rite :)
Kalau tak manela nak letak si hero kecik kalau mama balik lambat
Recent Comments