Breastfeeding Journey....



Frankly speaking, kami memang sebenarnya takderla berkobar2 bab BF ni pada awal pregnancy tho waktu tu kak rita selalu gak bagi article2 on BF. Bukannya tak berminat, tapi mungkin orang sekeliling takder pun yg fully BF anak. Kalau ada pun waktu malam je, siang kat nursery bagi susu formula.

Ntah macam mana, tetiba biler masuk 7 bulan preggie baru rasa nak fully BF anak. Then bacalah kat situ kat sini on BF. Sib baik kat Internet banyak resources. Start membaca blog2 orang yg BF cam kak aida, kak wati and many more. Rasa ala mudah je ni (ni perasaan orang berlagak..time ni..). Pam, buat EBM bagi jela baby. Apa yg payahnya....

Ye mama silap.....bnyk sungguh dugaannya. First lepas beranak. Memang ambik epi, but biler tgk dr kham start menjahit...mama tak tahan minta injection. Terus black out. Sedar2 dah pukul 9, beranak kul 6.45 pm. Sibuk masuk wad semua, baru dapat jumpa baby dalam kul 10++. Masa tu baby masih tak minum paper.

Memang waktu tu ada nurse yg assist but then dier pun sibuk nak balik. Dahla ada nurse lain tu dok cakap, "ala dik kalau akak nanti dah keluar wad baru BF baby. Sekarang ni rehat je". Isk tak bagi semangat langsung...kurengnya nurse.

Since I am first timer, berpeluh2 nak BF ....baby dah start merengek2. Mama pun dah nangis2. Berpeluh2 tak ingatnya, tho duduk dalam aircond..hubby tgk muka kiter syahdu je. Dier pun tak tau nak buat apa. Mama cuba lagi sampai sejam tapi tak berjaya. Demotivated giler. Masa tu sebab kesian sangat kat baby, so hubby sign surat kebenaran bagi FM masa tu. Mama nangis satu malam. That's the first challenge

Lagi 2 minggu nak blk kl start buat EBM masa kat kg. Tapi seba takut penuh fridge atuk tak derlah buat kobar2 sangat. Dapatla dalam stock 20++ packet + botol susu. Masa bawa balik KL penuh kitorang bawa balik guna box Coleman. Masa kat kg kalau orang duk datang melawat semua tanya tak bagi FM ke. Penat gak nak terangkan , sib baik before that memang dah borak2 panjang ngan parents so diorang pun bagi full support. Mak siap tunjuk susu dalam peti lagi kat diorang. Ada yg muka setuju ada yg tak. Biasala....

Next challenge adala BF di public. Hihihihihi kobar je kat dalam mag Pa & Ma tu. Kitorang cakap lain dier tulis lain. But it is true. Memula rasa segan then rasa ok gak. Dah test dah weekend baru ni masa shopping kat Jusco Cheras Selatan. Beli Nursing Puncho then memang bleh BF kat mana2 pun. Kami lepak bench tepi kedai tempat orang lalu lalang..... depan tu ada cermin gabak yg I can see me myself.......hehehehehe cun gak (perasan). Hubby pun lek je makan asam kat sebelah. Setengah tu ada yg cam tgk lebih2..agaknya dier pikir apala minah ni buat duk kelubung2. Then biler nampak kaki wafiy, baru boleh agak. Lebih kurang cam gambar nila. Tapi ni masa kat umah....lepas abis soping moping

Sekarang tengah berusaha nak stock up lagi EBM. Bulan poser nak menjelang tak lama lagi. Baru dapat 50++. Nasib baik pengasuh yg nak jaga wafiy tau cara nak handle EBM... camner nak bagi minum baby. Semoga Allah panjangkan rezeki untuk BF wafiy selama mungkin. Mama target by month..tak nak lebih2. Ni dah achieve 2 bulan , lepas ni 3 bulan then 4 bulan.....semoga dapat cecah 2 tahun.

Kalau ada sesaper ada nasihat ke petua ke... amatla dialu-alukan. :)






posted under | 8 Comments

... Home SWeeT HoMe

Mama is back....nyeh nyeh (tangan dan perasaan memang tengah gatal nak memblog)

Alhamdulillah ......abis dah pantang. Tak der per sangat, ok je. Makan pantang2 pun redha telan sedap je..maybe sebab masa pregnant dulu makan memang tak lalu... tapi sekarang selera memang kengkadang tu mencanak2 sampai boleh kalahkan hubby makan. Ni pun dah makan cam biasa walaupun ada beberapa benda masih tak berani nak telan. Cam telur, nenas, tapai, labu dan beberapa menatang lagi. Almaklum ...kalori diperlukan untuk 'nenen' wafiy yg sejam, 2 jam sekali nak 'melekat je'. Isk ..isk control2 makan tu.

Ni pun baru je telan pizza(why2 naper pizza. nape tak masak. Jawapannya....gas di rumahku baru je abis sedangku tengah nak masak carbonara. Barang di dapur semua perlu di masak atas dapur gas..melainkan rumahku ni landed property..dah buat ayam barbeque dah jawabnya. Sebelum tu call McD takderlak delivery sampai sini. ish ish. Sib baik pizza ada delivery.. siap dapat kurang RM5 sebab datang 40 minit dari masa order..dier janji setengah jam..untung mummy :) )

Balik ahad lepas, tp baru sekarang dapat memblog. Sebabnya.....

1. Umahku takla seperti dilanda garuda atau dipukul taufan narjis... tapi biler ' si bujang' tak sempat kemas umah for 6 weeks..paham2 jela. Memula masuk ...kuatkan semangat..hehehehe
2. Heroku mesti nak nengok muka mama dier. Kalau tak dukla merengek. Nak kawan je sebenonya si kecik ni... Akhirnya mama letak depan tv..... kuatkan sikit bunyi cam paham je dier esp kalau iklan meriah2. ni pun sempat memblog sebab wafiy tengah di alam mimpi
3. Settlekan mender2 cam cari pengasuh - kakak tu duk tingkat 4, kitorang tgkt 5 senang sikit. Dier pun ok je nengoknya..moga2 semuanya selamat

Banyak nye nak tulis...lek lek sikit (amaran pihak kerajaan - kalau boring sila tutup window ni dan buat semula kerja anda)

Time ber2 kat umah ni and time wafiy tido, rindu lak kat kg. Nenek dan atuk dah pakat sayu.sedih je masa kami balik. Maunya tak. Si atuk yang temankan kami tido for 6 weeks biler abahnya takder.. orang kata tak elok tinggalkan orang pantang sorang2. hehehehhe manja je tu. Neneknya lak petang2 main buai ngan cucu..pastu duk borak2 ntah apa ntah. Cucu nya lak rajin menjawab. (ala bahasa dier la tu.by cooing - goos, gurgles, and grunts) sadis sadis. Ni wafiy dengan mak su dier. Tu nak UPSR tak lama lagi, tu sebab sambil pok pok wafiy, sambil baca buku sambil tido. huuhuhhuhuhu

Parenthood journey is so adventure....yet so exciting..
Funny at one moment I cried when my baby had his first choking experience.. flu..tercabut tali pusat..... bekas BCG bernanah ..kena gigit semut (tho just a lill bit... ) ---- eee series ngarut mak si wafiy ni

Dulu time cuti kat umah memang boring. tapi sekarang tidak lagi. Sib baik sempat abis belajo. Terima kasih banyak2 le my supervisor. I owe u so much. Kalaulah tak kerana keyakinannya... memang tak siap lagi masterku.. dan lagi challenging la nak menyiapkannya.

Nampaknya si hero dah bangun. Need to go....

posted under | 4 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments