Breastfeeding Journey....



Frankly speaking, kami memang sebenarnya takderla berkobar2 bab BF ni pada awal pregnancy tho waktu tu kak rita selalu gak bagi article2 on BF. Bukannya tak berminat, tapi mungkin orang sekeliling takder pun yg fully BF anak. Kalau ada pun waktu malam je, siang kat nursery bagi susu formula.

Ntah macam mana, tetiba biler masuk 7 bulan preggie baru rasa nak fully BF anak. Then bacalah kat situ kat sini on BF. Sib baik kat Internet banyak resources. Start membaca blog2 orang yg BF cam kak aida, kak wati and many more. Rasa ala mudah je ni (ni perasaan orang berlagak..time ni..). Pam, buat EBM bagi jela baby. Apa yg payahnya....

Ye mama silap.....bnyk sungguh dugaannya. First lepas beranak. Memang ambik epi, but biler tgk dr kham start menjahit...mama tak tahan minta injection. Terus black out. Sedar2 dah pukul 9, beranak kul 6.45 pm. Sibuk masuk wad semua, baru dapat jumpa baby dalam kul 10++. Masa tu baby masih tak minum paper.

Memang waktu tu ada nurse yg assist but then dier pun sibuk nak balik. Dahla ada nurse lain tu dok cakap, "ala dik kalau akak nanti dah keluar wad baru BF baby. Sekarang ni rehat je". Isk tak bagi semangat langsung...kurengnya nurse.

Since I am first timer, berpeluh2 nak BF ....baby dah start merengek2. Mama pun dah nangis2. Berpeluh2 tak ingatnya, tho duduk dalam aircond..hubby tgk muka kiter syahdu je. Dier pun tak tau nak buat apa. Mama cuba lagi sampai sejam tapi tak berjaya. Demotivated giler. Masa tu sebab kesian sangat kat baby, so hubby sign surat kebenaran bagi FM masa tu. Mama nangis satu malam. That's the first challenge

Lagi 2 minggu nak blk kl start buat EBM masa kat kg. Tapi seba takut penuh fridge atuk tak derlah buat kobar2 sangat. Dapatla dalam stock 20++ packet + botol susu. Masa bawa balik KL penuh kitorang bawa balik guna box Coleman. Masa kat kg kalau orang duk datang melawat semua tanya tak bagi FM ke. Penat gak nak terangkan , sib baik before that memang dah borak2 panjang ngan parents so diorang pun bagi full support. Mak siap tunjuk susu dalam peti lagi kat diorang. Ada yg muka setuju ada yg tak. Biasala....

Next challenge adala BF di public. Hihihihihi kobar je kat dalam mag Pa & Ma tu. Kitorang cakap lain dier tulis lain. But it is true. Memula rasa segan then rasa ok gak. Dah test dah weekend baru ni masa shopping kat Jusco Cheras Selatan. Beli Nursing Puncho then memang bleh BF kat mana2 pun. Kami lepak bench tepi kedai tempat orang lalu lalang..... depan tu ada cermin gabak yg I can see me myself.......hehehehehe cun gak (perasan). Hubby pun lek je makan asam kat sebelah. Setengah tu ada yg cam tgk lebih2..agaknya dier pikir apala minah ni buat duk kelubung2. Then biler nampak kaki wafiy, baru boleh agak. Lebih kurang cam gambar nila. Tapi ni masa kat umah....lepas abis soping moping

Sekarang tengah berusaha nak stock up lagi EBM. Bulan poser nak menjelang tak lama lagi. Baru dapat 50++. Nasib baik pengasuh yg nak jaga wafiy tau cara nak handle EBM... camner nak bagi minum baby. Semoga Allah panjangkan rezeki untuk BF wafiy selama mungkin. Mama target by month..tak nak lebih2. Ni dah achieve 2 bulan , lepas ni 3 bulan then 4 bulan.....semoga dapat cecah 2 tahun.

Kalau ada sesaper ada nasihat ke petua ke... amatla dialu-alukan. :)






posted under |

8 kata kata:

ummi said...

pipi itu pipi mamanya he he.
of course bf is not a breeze esp when you're working. dengan nak manage time, nak control stress, berdepan dengan bos yang tak memahami dan macam2 lagi lah. pelan2 kayuh, insyaAllah. niat baik Allah permudahkan.

Adam pulak suka umminya buat free show. takdelah nak kelubung2 gitu. lagikan tetutup dgn baju dia marah (gelap agaknya), ni pulak letak kelubung gitu.

my target now is just 6 bulan. kalau ada rezeki, bolehlah sampai setahun. kalau ada rezeki Muhammad Adam lah.

ps - whylah anak org lain comel aje pakai topi2 gitu, anak akak sure resah gelisah kalau letak apa2 atas kepala dia tu.

ummi said...

btw - kalau di APSH, lepas bersalin aje, confirm diorang sorong bb masuk bilik suruh bf. bb friendly hosp lah katakan...

luna said...

a'kum zue =)
kita sebatch masa di MMU kan..

chaiyok on bf!
kalau rasa resah gelisah boleh meseji2 ku atau kawan2 bf yang lain..

bf is not easy tapi tak susah pada yg mahu kan ...=) sshomel la nu'man wafiy..ikut muka siapa ye..mama kut..

zuedin said...

ummi - yg bab kelubung2 tu, okla nice gak material kain tu. so memang tak gelapla..furthermore dier cam ada lubang yg akak bleh jenguk baby..oh ye tu bukan topi.hooded blanket.. mamat tu tak muat dah pakai topi2 ni. abis berbekas kat kepala.

luna - thanks. apa2 nanti hamba berguru denganmu

aida said...

senyap senyap je dia ada blog :)

welcome to the club :) (lambat wish)

Farra said...

teruskan usahamu dik!
dh byk stok yerk?

akak masih BF Mawaddah..2 tahun 5 bulan ;)

bila start koje?

zuedin said...

kak aida - thanks

kak farra - start kerje ari selasa. baru ni. stok alhamdulillah adalah dalam 60++ x3oz. tgh cuak2 gak masuk bulan poser ni. pergh lama tu BF mawaddah. saya nak target sikit2 dulu. kang biru lak mata hitamku kalau tak terachieve hehe

aCiK yAh said...

wah.. dah come back kl dah.. apapun, tahniah...

apapun, teruskan aim, target n doa tuk teruskan BF.. :)

Mmg payah dan sadis bila org sekeliling tak support berkenaan EBF.. Pastikan time pump maintain aje terutamanya kat opis...
Penah baca dlm majalah..pump susu badan until rasa 0, then ianya akan produce lebih byk..

Lebih menguntungkan bila hubby support dengan hidangkan makanan/minuman tuk si ibu after BF baby tanpa diminta... :)

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments