Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Takperla sayang

selamat tiba dari kelate kul 11 pm ari selasa..selepas hampir 12 jam journey.
Dan hari ni, hari khamis ku terpaksa EL sebab wafiy demam dari semalam..demam dari kelantan lagi on off since friday...biler panas, panas sungguh tu pun kat umah sempat "wilie" (btul ke ejaannya) ngan ketanya

alhamdulillah abang ipar pun dah selamat bertukar "status". semoga jodoh mereka berkekalan ke akhir hayat

On journey mode - kami pulang ke kelantan malam jumaat pada pukul exactly 12 malam. jalan lengang sungguh. Kami tiba di RnR Gua Musang pukul 4.30 tido dan tido sampai kul 6.30 sebelum sambung journey pukul 7 dan selamat tiba di kelantan pukul 9 pagi

balik kl ari selasa 11 pagi. Kami guna bnyk jalan kampung, jadi jem dapat dikurangkan..ye je. singgah di stesen minyak yg agak baru sampai tak ramai orang..mandikan wafiy dan solat... then masuk mempaga dan keluar semula di bentung utk makan malam isi minyak dan reload touch n go (kes lupa nak reload).

dari bentung ke kl mama yg drive..hubby memang tak larat dah....
cian hubby he supposed to take one day leave on wednesday yet he need to go to the office
and he told me that he needs to work during weekend too
Poor hubby....
Takperla sayang

daku pulak cuti hari rabu tapi kamis terpaksa ambik EL. panas sungguh badan si kecik
ni dah kul 11 pagi..dier baru bangun sebab malam tadi tak dapat tido
Takperla sayang

posted under , | 5 Comments

Coconut Vanilla Shake


Ok tolong lap air liur yg meleleh tu ye

Air kelapa + susu = shake + vanilla ice cream = coconut vanilla shake ( tapi yg kat gambar tu coconut yam shake)

Tabur raisin ngan kacang sikit

Isk superb



posted under | 1 Comments

Travel with Baby



How do you plan to travel with your kids especially with your baby?
I plan my travel ahead especially when the trip is such a long journey (400++ km----balik kelate)

Firstly, since we are using car seat…please make sure that you have sufficient toys to entertain you baby (especially when you don’t have older kids to entertain and look after the baby)

Tgk mama wafiy angkut semua kawan2…gajah, mr bee, toin toin and many more (Nasib baik sedar diri kalau keretaku besar lagi mau ku angkut satu bakul kui kui kui)

It is more advisable to travel with the baby in the car seat. It is safer……kalau setakat pegang2 ni takut ada yg terjatuh atau yg tercampak

Tapi kan kesian lak kat baby kan duk lama2 dalam car seat.. so you need to stop at least after few hours of journey. Orang tue pun kalau duk lama2 mau cram montot oooo

Next, is the food. Mama tak bagi wafiy makanan dalam tin tu, semua buat sendiri. So how to settle with that? Mama prepare makanan wafiy siap2 dan bleh makan kemudian. Another option is, mama gives wafiy fruits eg banana, manggo. Lenyek je guna sudu. Sodap pun sodap. No preservative added



posted under , , | 4 Comments

Mee Celup


Mee celup ..apa itu mee celup

Mama kenal mee celup biler dah kawin ngan hubby a.k.a orang kelantan.
Nama je mee celup..dalam dier akan ada bihun + mee +kuew teow.

Kuah lak lebih kurang kuah sup tapi ada campur bilis goreng
Sedap.....bleh tahan
Cuba jangan tak cuba kalau anda singgah ke negeri cik mek molek


posted under | 2 Comments

Are U from Indonesia ????






Waduh waduh waduh. Pulang dari Kelantan tempoh hari, sepasang suami isteri dari Belgium menegur mamaku.

"Are u from Indonesia"

Erkkkkkk...sengih busuk saja mamaku. "Nope. I'm local"

Hihihihihihihihihihi.... guess what ---->

That's because mama wore tudung that pretty much like 'Ibu Arini' and 'baby wearing' wafiy.
Mama pakai kain yg macam kain batik utk 'baby wear' wafiy. Beli sebelum nak balik kelantan. Takder yg berkenan. Rembat je yg tu.

1 BIG QUESTION - why do u baby wear ur kid?
So, the list goes.

1. EASY. NO BIG package like stroller
2. BOLEH Dibawa berlari di LCCT dan KLIA. Terbukti berkesan utk mendapat seat yg best dalam flight tanpa perlu membeli express boarding :P
3. Within 30 min at max, wafiy will go to 'lala' land a.k.a tido dgn jayanya. Juga terbukti ketika soping di Tesco, OU even dalam flight
4. Muat masuk dalam beg...uuuuu I like
5. Wafiy boleh join dalam semua aktiviti eg menyapu rumah, melipat kain, menyidai kain, memilih jajan hihihi
6. Boleh breastfeed di public tanpa disedari ..MAMA AMAT SUKA :P

PROVIDED u choose and wear it correct. Sebelum ni mama ada bli jenama P*****. Sakit pinggang. Tak bleh ejas lebih2

Now I'm eyeing on mei tai coz it is double shoulder. But still, I already fall in love with baby wear

Seronoknya....

Seronoknya biler puasa kali ini kami sambut ber3. Tahun pertama sambut sorang kerje kat Melaka sorang kat KL, ala2 bujang gitu. Tahun ke-2, kami sambut berdua je. Tahun ni ber3. Alhamdulillah biler kompeni bagi balik awal, mama sempat la prepare makan buka utk sekeluarga. Tercapai juga hajat, tho kadang ada masak simple2. (Tu pun sib baik hubby tolong kan...kan...) Ada la gak beli kat luar dalam 2 3 kali. We admit it is expensive especially when you bought those at TTDI (nak buat guano, ofisku di situ). Lagi satu, anak tekak kami macam tak bleh nak terima sangat. Mesti ada lebih walau kami bli sikit je. Sikit pun kuih mesti ada 2 jenis, lauk 2 jenis dan sayur. Kalau tak cecah at least RM15 tak sah. Isk isk...

Seronok juga sebab atuk Sabak dah kluar dari spital semalam lepas kena warded for 2 weeks. Cian separuh puasa duk spital. Memang kami selalu datang lawat dan antar makanan buke..tapi manala nak sama makan kat umah. Semalam lepas my sis ambik kat spital, terus buat permintaan nak makan ayam kampung..... Tu pun kami duk tak bagi gi terawih kat mesjid, yela malam bukannya mata tu clear sangat. Buat terawih kat umah ngan bonda pun apa salahnya. So tak sabar nak balik kg weekend ni... Bleh hubby bawa bapak gi mesjid, pasang pelita keliling umah, main mercun sakan (ok hubby spend RM1++ nak beli mender2 mercun ni, isk isk isk kalau buat mencekik best tu). ---->Alasan - ala nak main ngan bebudak ni. Apa salahnya belanja diorang . (Belasah la bang)

Seronok juga sebab dengan lagi 5 hari nak raya ni... mama masih mampu beri exclusive BF kat wafiy dan tambah stok lagi. Alhamdulillah. Peti sejuk makin tak muat. Ayam dan ikan makin menepi dan menyelit2. Nak buka freezer pun kena ati2 kalau tak mesti sakit kaki sebab bnyk frozen EBM yang tergolek2 jatuh keluar. Sakit woooo apetah lagi yg hak 7 oz tu. Syukur sangat2. Biler ada citer yg pasal contaminated milk kat China tu, makin semangat nak teruskan BF. Hmm ada gak bagi hint kat hubby bli deep /chest freezer. Tapi tgkla nanti. Moga Allah panjangkan rezeki wafiy.

We went for 3rd month jab last weekend. Sekarang wafiy dah 6.2 kg. Lahir - 3.25 kg, 1 MO - 4.1kg, 2 MO - 5.3 kg, 3MO - 6.2 kg. After jab, wafiy tak demam or cranky pun. Baik anak mama ni. Cuma kadang2 tu biler tido awal sangat, biasala kul 3 pagi dah bulat matanya ajak abah ngan mama borak. huhuhu sib baik dier pesen bukan jenis nangis. Biler kami letak Mr Bee (bee toy) dier bleh layan borak lama tu. Belasah la..

Last weekend, jumpa kawan2 uni dulu anas, kak herni + irra and her sis kat umah irra. Host 'prepare' nasi beriani kambing tuh. Mama bawa trifle.. kak herni bawa sayur campur yg pakcik aka azlan masak and anas kuih muih. Wawa tak dapek nak datang. takperla lain kali ye dear.
Best best... borak tak hingat punya. Last kami semua jumpa masa mama preggie 6 months. Nanti raya kiter jumpa lagi ye geng

Tapi cian lak rasa sebab MOYANG pompuan wafiy yang kat kelantan sakit lak. Kat kelantan even ada ATAS MOYANG lagi. Kire wafiy ni pangkat piut la dah. So MIL tak sempat prepare paper. So, jap lagi mama nak gi bli biskut kat pasar TTDI. Not bad. Hubby nak gi tgk kat Jalan TAR esok. Isk dier dah start cuti..mama je belum. Tho takder per nak buat kat ofis.......sabor sabor

Ramadhan semakin sampai ke penghujung. Ya Allah.... kurniakanlah kami kekuatan untuk menambahkan amal ibadah kami. Jauhkanlah kami dari menjadi hambaMu yang lalai.. Amin.........

Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments