Counting days.....


Each day, the most popular question by hubby to Jr.... "Sayang biler nak keluar temankan abah. Abah tak sabar ni"

Then he will poke my tummy a lill' bit. Cam main hide and seek lak anak beranak ni.

Tu la kan.. tak sabor gak rasanya. Kalau ikut EDD, ada lebih kurang 2 minggu lagi. Ari tu cam yeye je nak keluar. hehehehe bikin suspens je.

Tu sebab kami exercise jalan bnyk2 sekarang time weekend. Biar senang sikit Jr nak keluar. Last week, gi ukur jalan kat Jalan Masjid India dan Jalan TAR. (Merayap keliling2 tu..). Best gak sebab tak ramai sangat orang (gaji kan belum masuk, tgh bulan lak tu + minyak yg naik rege).

Hm minggu ni nak merayap mana lak ye. Takper nak plan "baik punya" sambil mencari makanan yg best2. Nanti confinement kecur air liur lak.

Berdebar gak, camner la nak tau biler kene gi spital. Memangla tau sign2 nya dengan membaca sana sini..tapi biler kena Braxton Hicks tu.. ader mamat tu cam dah siap2 nak angkat beg (aka my dear hubby)

Anyway.. in case ter deliver awal.


Nak pohon ampun maaf dari kawan2. Doakan semoga semuanya berjalan mudah dan lancar. Halalkan makan minum.


posted under | 5 Comments

Memasak vs Mencekik

Sebagai mummy yang boring tak tau nak buat apa kat umah. So, I surf the net melihat ketereran ("ada ke word tu") orang lain memasak. Tapi akibatnya mummy rasa nak memasak makanan2 berikut (mentekedarah la tu namanya) :

1. Pulut bersama ikan masin
2. Serawa durian
3. Bubur kacang hijau dengan durian
4. Kuih cara berlauk
5. Tahu sumbat
6. Popiah sardin
7. Roti jala cicah kuah kari ayam
8. Trifle

Pikir punya pikir (sambil memikirkan diri yang tak larat nak berdiri lama2, menu berbuka nanti pasti ada kuih karipap (baki ari tu), tahu sumbat dan bubur kacang hijau durian.

p/s - ni kalau hubby tau mesti dier cakap "ala abang baru nak kempiskan perut....ni banyak2 ni mesti abang yang kena abiskan". (Ala sambil tengok Euro malam ni pun bleh isi perut lagi)

Main dish????? lemah sikit nak menjawabnya..sebab takder idea.

posted under | 3 Comments

Depression...

Tajuk pun depression...mummy memang tengah depress.

Almaklum dari isu minggu lepas pasal kes harga minyak naik. Aduiiiii...nasib baik ari tu sempat isi minyak full tank. Q kat stesen minyak dekat taman perumahan setengah jam je..pastu kelam kabut nak anta MIL gi stesen ketapi sebab dier nak balik kelantan malam tu. Hubby lak dah sah2 stranded kat stesen minyak kat Subang. Tapi semua tempat jem.....sebab orang duk sibuk q isi minyak...ni gara2 ada orang undi "B_" la 8 mac ari tu. Eeeeee tensen2.

Sebenornya takdela rasa sangat impactnya (lagi...) tapi since kami duk kat flat biler dengar jiran2 pakat mengeluh, kami pulak yang tensen. Yela sebelum ni klau tengah bulan je, nampak diorang beli lauk telur, sardin, etc. Bayangkan lepas ni pulak, apela diorang nak makan. Nak suh makan ubi? Nak tanam kat mana. Mestila nak makan nasi juga. Suh tukar cara hidup, eh hello kalau orang macam ni dah abis berjimat dah diorang. Lainla ada puak2 tu, baru kene potong 10% elaun pun dah kecoh. Wei korang berkhidmat utk rakyat, tunjuk la sikit ciri2 keikhlasan tu. Berkorban sikit pun nak bising2.

Mungkin sebab tula kot, mummy kena premature contraction. Gitulah yg dr cakap. Khamis malam jumaat tu, Jr tak aktif sangat..malam lak asyik sakit2. Nak kata dah sampai masa, takder lak tanda2 yg biasanya kelihatan. Pagi jumaat tu pun biler dah belasah sarapan, cam tak aktif je. So, kami pun pergi la spital terus sebab nak buat CTG. Alih2 mak bidan yang menggelarkan dirinya Ibu cakap I had premature contraction dan akhirnya mummy kena warded.

Sebab baru 35 minggu, paru2 baby belum cukup matang. Maka berkampungla kami ari jumaat sampai sabtu kat spital. Sebabnya dr nak bagi injection supaya paru2 baby kuat dan mummy dah dilate 1 cm ++. Kot2 terberanak, dah kt spital. terkejut gak kami, dahla masa pergi spital tu tak expect paper pun. Takder prepare apa2, dengan baju kerje bagai. MIL yg baru sampai ari kamis kat kelantan lak dah cuak nak datang balik. Tapi kami suh hold, kalau betul dah timenya baru datang.

So, petang tu hubby balik kemas apa2 yg patut termasuk barang2 baby angkut sekali. Ni muka orang penat jaga mummy and jr kat spital. Nasib baik hubby bleh stay sekali kalau tak mati kutu tak tau nak buat apa.

To conclude, mummy dapat mc seminggu (tapi mummy jadi super duper tensen sebab tak tau nak buat apa kat umah. Nak merayap, bukannya larat sangat. Sibuk lak menghabiskan hutang piutang puasa ari tu. Mengandung exactly lepas raya, dengan morning sickness yang teruk, BP yang rendah. Ni jela masanya nak puasa.

Sekarang tgh sibuk2 nak siapkan apa2 yg patut eg barang mumy and baby takut terberanak awal. Tu pun semalam sempat buat karipap. Boring, tak tau nak buat apa. Ni rasa nak buat kuih lain lak..hehehehe pulut ngan ikan masin pun sedap ni buat buka.

Aduhai, mummy boring. Sabor je la

posted under | 3 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments