Home Sweet Home

Alhamdulillah..semalam mama dengan jiran sebelah a.k.a acik yah pergi ambik kunci. Hubby kami sibuk..maka sebagai isteri yang independent dan berniat membantu suami tersayang (kalau tak bangga abei sayangku tak taula ...:P), maka kami pun pergilah berurusan dengan developer sebab nak ambik kunci umah.

Umah ni lambat sikit dapat cf nya though dah siap lama. lambat sebulan lebih la gitu. Apa pun developer ni kire okla workmanshipnya...umah pun terjual murah akakakka. Kalau kat Bangi umah besar ni dah range RM280K. Kalau kat SP setia ke mana2 developer yg terkenal dah RM330K ke atas. Ni projek ke-2 developer Taman Pinggiran Sekamat selepas Taman Sri Jelok. Sekarang tgh takder projek sebab nak crisis economy kan lagipun tu developer tu tak dapat untung macam yg dier jangka. Abih je jual umah yg 30 unit tu, arga barang semua naik. So developer kena absord the other cost (hopefully dier tak guna barang murah..tapi based on our and also our neighboursnye inspection..mematuhi tahap piawaian :))

Kecik je kan tamannya, ada 30 unit umah je.29 malay dan sorang india. We are the youngest couple. Ada yg kerje polis, KWSP, Socso, doctor even LHDN (bab ni berpeluh ku nak berkenalan). Dah kenal 3, 4 jiran semua nak masuk umah next month. Takper2 kami lambat lagi...makluman ye kalau kami pindah awal pun still nak antar wafiy kat pengasuh sekarang, so baik pindah lambat sikit. Lagipun umah sewa sekarang bayar 300 je :) Flat la katakan. Langgar bontot gitu..

Umah kami dekat dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Belok kanan sekolah kebangsaan, sebelah kiri sekolah agama. Kalau naik beskal tu kira macam dari Plaza Pantai ke Annexe (Rasa dekat lagi sekolah2 tu). No bukit2 aaa, jalan rata (kira wafiy gi school naik bicycle le ekekekekke) .

Hmm bnyknya nak buat biler pindah umah. Ada sesaper nak tolong???

posted under | 3 Comments

Lunch break


Ekekekeke
Tadi mama gi bli cendol ngan rojak kat tepi petronas TTDI. Ala pemandangan biasa yg korang selalu nampak mamak dengan lorinya jual tepi jalan tu. (Ni kes mama malas nak makan tempat lain)

Tgh tunggu mamak tu siapkan..datangla 1 van DBKL. Pergh mamak ni ngan pekerja2 dier cuak dah muka.. Siap bagi statement "Isk xxxxx(nama memang purposely undisclose) tak bagotau pun DBKL nak round. Abisla"

Sorang mamat berpakaian seragam DBKL pun turun dari van dengan kontrol ensemnya (Ala dier tau semua orang tgh pandang dier)

"Mamak, cendol 12 bungkus , rojak 4 bungkus"
La ala. buat suspen je penguatkuasa ni

Tapi pergh lipas kudung giler mamak tu siapkan. keh keh keh

Kesimpulannya - Jgnla anda memandang serong pada orang lain (ada kaitan ke??? :P)

posted under | 3 Comments

Attachment Parenting


What is attachment parenting?

The concept of attachment parenting revolves around forming and nurturing strong connections between children and parents.

The principles are:
1. Prepare for pregnancy, birth and parenting
2. Feed with love and respect
3. Respond with sensitivity
4. Use nurturing touch
5. Ensure safe sleep, physically and emotionally
6. Provide consistent and loving care
7. Practice positive discipline
8. Strive in balance for personal and family life

As parents, we want the best for our kids and yet there are various ways of showing it. Alhamdulillah, Allah the Almighty already guide us in Al-quran and Al-sunnah the way of doing it.

Courtesy of attachment parenting international http://www.attachmentparenting.org/principles/principles.php

posted under | 0 Comments

Kisah Membuli dan Dibuli

Mama saya dibuli orang. Ye betul mama wafiy sering dibuli ketika di jalan raya kerana dier hanya drive kereta comelnya (aggghhh comel sungguh kancil biruku yg bercalar balar dan bersepah-sepah itu)

Walau mama bawa kereta kecil tapi ya rabbi lajunya bukan main. So biler laju, silalah bawa di kanan. TAPINYA kan, kereta lain yg berbadan lebih besar dari kereta mama tapi BAWA SLOW mesti sibuk nak berada di line paling kanan jugak. EH HELLO... masa belajo bawa kereta dulu. cikgu tak ajar ke kalau bawa pelan sila pindah ke lane kiri atau tengah. MUKA PLAK KEREK JE..drebar2 ni. taula mama ni pompuan dan bawa keta kecik. Ni nak bawa keta besar ni.. treler ke..jengkaut ke..biar ku kaut kalau bawak pelan. Puas ati

MAMA pun bayar roadtax jugak tau.. tak puas ati sungguh. tu sebab mama suka nyelit2. (Tak bleh biarkan diri ini dibuli dan ditindas :P)

***********************************************************

Mama soooka ati coz developer dah call. Umah dah ada CF dah bleh ambik kunci. ISk pening lak camner nak decorate umah nanti.

p/s- naper ye kalau pump sambil baca susuibu..rasa makin bnyk susu :P

posted under | 1 Comments

How to say NO






SUSAH Kan to say NO to our beloved one. When I looked at my babies (big baby and small baby :P) I just wonder how to say NO...... Baby besar a.k.a abah senangla to justify




But to my little pumpkin..I just wonder in few months time he shall be able to talk....question..??? How to justify things??? Ok mama tau, buat secara bijak dan berhemah agar boleh diterima, at least he manages to understand the pro and contra. Yet, it is to subjective kan. In this challenging world, with so many influences from the electronic media..it seems to be .....AGHHHHHHH BIG CHALLENGE.




Ya ALLAH The Almighty - please give us strength to guide and nurture our kids to become a pious and good ummah..AMIN


p/s - the lollipop given by mamak to wafiy when he was 6 months old. Cait..mamak ni takkanlah kau dah suap baby besar ni lollipop


posted under | 0 Comments

Lampin kain a.k.a cloth diaper



Ye.... kawan-kawan sekalian


Ari ni mama nak umumkan yg wafiy telah mula pakai cloth diaper di umah. Abah sponsor bli lampin2 tu dari sue a.k.a tokey lunatots. We are from the same uni (klas pun ada gak yg sama ngan si sue ngan wan ni).


Tapi disebabkan mama cuma bli 3 keping je. So kena gilir2 pakai. Next time, bli lagi ye. Tapi yg bleh guna cuma 2 je. Oh ye...utk gathering cd ngan babywearing ujung minggu ni, kena bawa satu cd ni. Sebabnya tak pakai lagi tapi stitches dah terbuka, getah pun dah putus (Adakah mama terlalu ganas ketika membasuh?) Ohhh tidak - mama guna laundry bag ye. Adakah mama iki akak tokey lunatots bleh membantu menyetelkan masalah ini. Mungkin dengan cara memberi diskaun utk mendapatkan cd lain atau membetulkan cd tersebut....uh oh dengarlah keluhan hatiku wahai mama iki :P


Naper nak pakai cd ye? Sebelum ni masa wafiy umur 3 bulan dah plan nak bli. Ada la cerita2 ngan kak wati a.k.a ummimon. Tapi cam dier tak favor. Mungkin sebab dier tak menang tangan dengan 3 askarnya. Tu sebab mama tangguh.


Then biler sue jual cd ni, mama pun terbuka pintu ati balik. Tapi hubby lak tak favor (almaklum ex auditor ni biler nampak starting cost yg mahal tu ....... reject ajela recommendation mama)

OK, cd memang mahal...dulu2 arga around Rm50 to RM80 sehelai (kopak kopak..memikirkan nak bli even sehelai)


Tapi la ni, dah ok sikit. Dah bleh dapat Rm30 utk yg ok without insert.


Berbalik persoalan tadi... Mama nak pakai cd mainly bukan sebab cost. Tapi sebab environmental issue. Biler dibelek2 kalau seminggu duk kg/umah lautan sampah pasti jadi warna putih je sebab bnyk disposable diaper. Nak mereput dahla payah. No to say...potty train susah. Mama ngaku ye kaum kerabat belah mama semua bab potty train ni memang payah. Even sampai 5 tahun pun pakai lagi diapers time malam. (Isk isk malu la hero mama nak pakai lampin sampai 5 tahun :P)


Malam tadi dgn bangganya mama sarungkan cd tu kat wafiy. 10 minit kemudian dier pun poo poo. Alamak kureng tul. Tapi rupanya senang je nak handle cd ni. Buang je paper yg patut dalam toilet bowl then campak dalam baldi. Then basuh guna washing machine (ala masuk je dalam laundry bag). Then sarung cd lain. 4 jam pakai dengan single insert...alhamdulillah ok lagi.


Frankly -- - - - Mama rekemen cd ni utk mama-mama sekalian. Nothing much that we can do to preserve our nature.. Yet our childer deserve to have the beauty too - pssst sue promo free promo free ni


P/s - tak sobarnya nak tunggu gathering ujung minggu ni. Walau mama tak kenal diorang..but after nearly 8 months involving in BF world - all the mommies yg BF selalunya ramah dan baik2 ati. No to say, diorang memang amat caring... so mommmies see u there




posted under , | 7 Comments

Baca blog orang

Lately...mama addicted to read blog. Bukan blog kawan2 pun..kadang blog orang yang tak dikenali. But mostly it will be about other monthers that also blogging. About how they raise their babies.. kids. Somehow, through the reading process....I felt near to them

The list of the blogs (yg memang mama tak kenal)
1. http://anasfadilah.blogspot.com
2. http://babyibu.blogspot.com
3.http://azzamoro.blogspot.com
4.http://happy2getha.blogspot.com
5.http://sereniety.blogspot.com
6.http://gemalam.blogspot.com
7.http://neeza79.blogspot.com

Jadi adakah mama is pathetic? Nope nope (BIG DENIAL). I just wanna know how others raise their kids

p/s ni tak termasuk yg dikenali lagi

posted under | 2 Comments

Ibu Susuan????


First time ever... mama tertinggal breastshield spectra masa balik kg ari tu. For 7 months, without fail mama will bring along her BP anywhere. Yup even balik kg.
Adeh.... frankly speaking the engorgement is unbearable. Apa lagi.. pandai2la pam manual. Sib baik masa pantang ari tu, ada try. Mama tadah masuk cawan then baru transfer ke botol.
TAPI.........semuanya telah "DIPAU" oleh sepupu wafiy (ibtisam safiyya - who we call yaya). She's now nearly 1 year and 6 months old. Sebelum my sis mengandung she used to BF yaya exclusively for 4 months (ni kisah beranak ujung tahun campur cuti sekolah 2 bulan. almaklumla cikgu sekolah). Then she pumped but formula will compliment the intake. Masa ni mama tak berjaya nak influence lebih2. Dah pam masa kat tempat kerja pun kira berjaya la tu as she has 2 other kids that she only BF at nite.
Unfortunately, my sis dier putuskan susu badan dgn yaya guna 'betrawali'. Tak sure mender. Tapi buh kat 'situ' la kan supaya baby tak nak minum sebab pahit. Alkisahnya, yaya ni amat lasak though she's a girl. Dier boleh buat ala2 naik kuda kat cousin2 dier yg lelaki. Kalau nak BF, pergh cabaran sungguh dengan budak ni... Ada ala2 naik kuda, naik bot hiihihihihihi
So, biler dier nampak susu2 yg dalam botol tu dier pun pau la. Aper lagi ilangkan gian la.
Maka ujung minggu baru ni pun, takderla susu nak tambah stok sebab dah dipau oleh si yaya

Para ulamak menyebutkan anak susuan itu dengan apa yang diharamkan dengan nasab dari segi perkahwinan sebanyak lima kali susuan yang mengenyangkan atau menyusu sehari semalam dalam tempoh penyusuan dua tahun.

Pengisytiharan Rasmi...



Orang lain sibuk nak isytihar itu ini


Maka mama pun sibuk nak isytihar juga iaitu

Mulai hari ini - blog ini akan jadi hak milik penuh mama dan wafiy

Abah tukang selit je ye


So. Guys out there in this blog

1. More tips and sharing maring on mama and wafiy's stuff -- >>>>>breastfeed, babywearing, cloth diaper

2. Cerita makcik makcik akan menghuni blog ini. Kisah menceceh jela

3. Cerita politik???? Hmmmm kami ni bukan peminat tegar hal-hal macam ni..Maaf ye

4. Man U - - - - - Oh my God.....

Jadi para ibu2 sekalian..Mehla jangan malu2 :P


**************************************************************

Free advertisement --- -

anda takder masa nak memasak ATAU
anda takder idea nak masak apa ATAU
anda dah jemu makan benda yg sama ATAU PALING SENANG
anda tak pandai memasak

jenguk-jenguklah website ni http://www.trymasak.my/

video pun ada...... jom masak ramai2


p/s - keluarga zuedin tidak mengenakan sebarang charge utk promosi ini ya keluarga en..umar :P

posted under | 1 Comments

Hmmm

update - mama dah bli nursing cover yg ilang ari tu....

CNY holiday...nothing much. Balik kampung mama

Weekend baru ni satu family demam bermula dengan abah..wafiy ..and mama (not yet but already feeling dizzy and sore throat)

posted under | 1 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments