Kemahuan ????

Senyap sunyi yeee...

Balik kg last week sebab bapak sakit
Balik malam rabu dan balik sini hari ahad
Alhamdulillah....nampak perubahan yg bagus

Dari asyik muntah sejam sekali..tak makan cuma minum 3 sudu nestum
Makes me worry to death
Dia tak nak masuk hospital yg dekat dekat umah due to bad experience and treatment
Nak bawak balik KL memang tak larat travel
Berbekalkan ubat2 klinik, injection dan doa...alhamdulillah
Tapi kalau lepas kena lagi nak kena bawak gi spital jugak

Emak meninggal masa ku umur 11 tahun
Tiada galang ganti cuma untuk bapak ku cubamenjadi anak yang baik
Dengan keluarga yang agak kecil dengan 3 orang anak perempuan
Kakak pulang ke kelantan dan adik yg masih di tingkatan 2
Maka tanggungjawab itu adalah padaku

Hubby dan orang sekeliling selalu tanya
Tak nak buat PhD kat UK, Autralia..etc?
Kemahuan memangla ada
namun memikirkan bapakku ...ku letak harapan ke tepi
Ku sambung Master di Shah Alam je
Dan walau ku sambung PhD pun mungkin di sini-sini saja

Itulah kemahuan mungkin berbeza dari realiti yang sebenarnya
Apa pun ku cuma ada seorang bapak je

posted under |

0 kata kata:

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments