I'm tired.........

yeyeyyeye firstly auntie cafe (please check on my previous entry) dah tutup kedai. Akhirnya dier mengaku kalah dengan kuasa pembeli di TTDI.

Few days back, my hubby trapped in the lift (masuk ni dah 2 kali). Nasib baik ada budak2 kolej Nursing Masterskills, duk kat situ gak diorang la tolong. (Dulu ingatkan nurse2 ni bnyk pompuan je, tapi zaman dah berubah. La ni bnyk gak laki). So diorang pun berhempas pulas nolong. Nasib baik. Sebelum tu, ada gakla tepon company lift tu. Memula buat suara sedih:

Me: "Tolong encik ada orang tersangkut dalam lif kat blok _, kat Bndar Mahkota Cheras"
The lift guy: "Mana ada orang. Tiap kali datang je takder pun orang"

Me: "Yela encik datang lambat. Ni husband saya dalam lif. Datangla"
The lift guy: "ala datang mesti takder dah"

(dengan perasaan panas ati. Orang minta tolong bnyk la cekadaknya) &^^(^&^^*^*^$%#%$

Me:"You better come here as soon as possible. Otherwise, I'm gonna sue your company. Sebab cuai" --->ecewah tetiba cakap omputih. Sebenonya nak nangis dah. Sian hubby dalam lif sorang2

The lift guy: "oooo ok. ok"

Dipendekkan cerita. Sampai ke sudah dia tak datang. What's more? Company yg maintain lift tu dah bertukar ke company O_ _ _, yg lebih bagus.

Tensen2.

Dahla sekarang kena keluar umah awal. Kul 6.40 dah kena keluar. huaaaaaaaaaaaaaaaa
Bukan sebab jem di mana2 highway. Tapi jem nak keluar perumahan. aaaaaaaaaaggggh sedih2. Tapi sampai ofis pun awal la kul 7.40.

Ikutkan ati dan kaki dah tak larat. Rasa nak pindah to better house je. Tapi memikirkan yg umah nak siap dah, sabor jela. Oleh sebab tu, sekarang sebelum kul 8.30 mesti dah tido (penat ooo). Bangun sebelum kul 5.30 pagi. Kalau nak dikira 9 jam tu tido. Tapi semenjak preggy ni, mesti asyik terbangun je malam2. Tu sebab kat ofis asyik ngantuk je

Disebabkan tu jugakla, biler keluar je dari lif (berbalik ke cerita 1). hubby tetiba cakap dier nak balik ke T_. Alasan cian kat kita, so nanti pergi balik kerja boleh sama2. Yela sekarang kejap client sana, kejap client sini. But the plan need to be delayed first till demer_ _ _ process complete.

posted under | 0 Comments

Cafe at Taman Tun



Kat T_ TTDI ada satu cafeteria ( satu je pun). Masa mula2 masuk, the food consider ok. Tak yah beli kat luar and cheaper. Sebab diorang tak yah nak bayar bil air, bil elektrik setakat sewa yang diorang gunakan untuk kepentingan surau. Barang elektrik semua ada, microwave, peti sejuk. Kira murah la kan. Cuma masalahnya tak boleh masak kat situ. So, kena masak siap dari rumah. Jual kat situ.

Uncle sebelum ni ulang alik dari Selayang, so jauhla sikit kat dier. Yela kena ulang alik banyak kali. Pagi2 bawa breakfast, then sebelum lunch time balik ambik lauk lak. So, dier pun tarik diri.

Maka bermulalah zaman makan di luar waktu lunch. Mutiara Damansara, Damansara Perdana semua kitorang layan (termasuklah The Curve and Tesco. OU is excluded due to traffic congestion). OK gak cuma aku yang malas ni merasakan sedikit ke "tak best" an sebab tengahari kan ke panas.
La ni, ada auntie yg baru masuk jual kat kafeteria tu. Orang bandar utama je. Dekat kan. Tapi auntie ni species pelik sikit. Mula2 agaknya dier ingat yg kerje kat TTDI ni semua korporat sgt la kot, so dia bagi rege punyala mahal.

Ada ke paru sekeping 2 ringgit. Paru unta apa? Ape lagi bising la semua orang kat sini. Sepinggan nasi je dah cecah RM7/RM 8. Pergh kalau lauk gempak takper. Setakat nasi, paru 2 keping & sayur.
Bile dah kena komplen, dier jadi murah sikit tapi catu tu makanan. Ala2 duk kat asrama. Katakanlan korang ambik sotong, dia cakap 1 badan 1 janggut je. (Kalau lebih? Auntie tu akan kuis janggut / body sotong tu dari pinggan korang dan pulangkan balik dalam bekas dier. @#%$$)

Ari tue dier tanya, if I charge ice 20 cent is it ok?---- dengan baiknya menjawab--- ok. It's standard (dengan bayangan di kepala ice tu penuh). Alih2 dier isi 7/8 ketul je. Panas je hati.

Biler dier bawa rendang tok, dier pi tulis FOC. Ok la sebab serbuk je pun dier bagi. Pastu ada la orang tanya, daging takder ke? -------- Auntie ni pun menjawab dengan muka tak bersalahnya. Ooo I purposely bawa serbuk je. Takut u all tak mampu bayar!!

Mak aiii, masa tu semua rasa macam nak %&^%&(%&^%%$^%^ . Agak2nya kene bawa financial statement / buku bank kot kalau nak gi makan.

Bnyk lagi la peel makcik ni. Kata penah niaga kat MIMOS. Tapi sah penipu kalau setakat nak kira2 pun main tulis kertas, pulangkan baki salah lagi. Tu termasuk dier cakap, kalau u pandai scope lauk tu (1 sudu makan je pun) bnykla dapat lauk. Kalau tak, kuah je. Kalau ikutkan ati, nak je menjawab "eh makcik suka ati saya la nak scope bnyk mana pun. Saya bayor la". Nasib baik aku terkenang baby dalam perut. Bisnes pe bender, makanan kat dewan makan asrama pun jauh lebih baik. Tak pernah lak ada makcik dewan makan tegur " adik jgn ambik lauk bnyk2 ye. ambik satu sudu je".

Bermula saat tu, kami beramai2 memboikot auntie tu. Pandai2 la kau. Ari tu dier tegur dalam lif masa nak balik, kenapa tak makan kat kafe. Dengan selamba menjawab, "nak ambik lauk lebih pun nak berkira, baik saya makan kat tempat lain. Bayar sama juga".

Demikianlah kafe di TTDI.

posted under | 3 Comments

Our Junior

Hmmm just wanna share what happen to me for the last few months after I transferred to other unit. Rezeki berada di unit baru, though sometimes it is quite boring there (since people I knew there less than at Annexe 2 & Menara) but it's fine with me. Boleh tambah kawan baru

The thing is, I still adapting to the non busy environment. hehehhe. I get the chance to explore new things, but frequently I doze off as most of the task required you to be "good reader".
(Please bear in mind that pregnant mum tired easily...huh alasan). Sebenarnya berada di unit ni, mengingatkan kembali kepada satu angan2 yang pernah dilupakan coz takder peluang.
Satu harapan baru, tapi dengan ura2 kata C_ _ nak berenti /pindah ke tempat lain disebabkan demer_ _ _, merencatkan kembali harapan tersebut disebabkan tak tau whether unit ni akan masih wujud atau tak. Anyway, walau apa yg terjadi my hubby will always be by my side supporting me.


Next, will try to update pict of our baby frequently as one of my friend who also pregnant with more or less the same EDD as mine doesn't get the chance to see the progress of her 'junior" (pictorial aka ultra sound pict). Sebab company diorang tak cover sgt medical ni (rasanyala..sebab kalau nak ultrasound kene bayo sendiri). Nasib baik T_ cover, ni rasa bersemangat nak buat kerje ni


Masa first time tau pregnant, it's about 4 weeks.
Then due to the abdominal pain and miscarriage that I had, I was referred to the specialist. I purposely request for Dr Khamsiah at Hospital An-nur Bangi (bnyk orang rekemenken dr ni. Lepas tu bila baca majalah Pa & Ma ada cerita pasal one lady bersalin dier sambut siap bagi nasihat2 nak bersalin, jadi terus berkenan kat dr ni)


Ni first ultrasound, it's about 5 week. kecik je kan. Sebenarnya masa kitorang bawa balik gambar ni, laki bini dok belek2. Maklum la tak familiar lagi mana satu baby tu mana satu usus.
FYI, due to the apendiks operation 7 years back, usus kat dalam perut tu macam tak berapa betul la. Senang cite masa healing proses tu, usus cam melekat2. Dr advise to go for second surgery kalau sakit makin teruk. Tapi tak buat pun.



8 weeks in pregnancy. Masa ni baru dr boleh agak EDD biler since I have irregular period.
Insyallah my EDD will be 12th July 08'

Waktu scan dah ada heartbeat, hubby kata dier nampak gak kat screen tu bender berkelip2.... tapi cam biasa aku blur2.

Bersyukur sangat sebab masa first pregnancy dulu, baby seems to be macam tak jadi no heart beat.




12 weeks in pregnancy. I can see my baby clearly. Comel je nampak baby gerak2. The baby so active moving here and there (almaklum la kan ke baby macam dalam swimming pool). That's how I imagine it!

But I still worried so much especially when the baby is smaller in size. With no weight gain at all until 14 weeks, makan masih memilih and vomit easily. I hope the baby will be just fine.
As advised by my sis, I take salindah as supplementary

Anyway please pray for my pregnancy, both mummy and baby

posted under | 1 Comments

Once in a LifeTime


Bila bertaut senyuman
Mata berlirikan
Memancarkan keluhuran
Cerah kesederhanaanmu
Seindah kejujuranmu
Detik seia sejiwa
Terungkap setia
Tiada upaya sepi
Mekar kudup penantianku
Hadirnya teman sejati
Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring
Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh Ke akhir waktu.

posted under | 3 Comments

Good Bye 2007... Here Come 2008

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang untuk kami bernafas dan beribadah

Tahun 2007
Cepat sungguh masa berlalu.... rasa baru je semalam masuk 2007. Yela masuk TM pun hujung 2006. Tapi tak sangka dah tukar unit pun...hehe

Sepanjang 2007

  • Nenek yang dipanggil "mbah" meninggalkan kami pada pagi Raya Haji. Sedih sebab mbah yang selalu temankan lepas mak meninggal. Semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat-Nya
  • Kami berjaya membeli rumah idaman di kawasan yang kami idam-idamkan. Rumah 22, Taman Pinggiran Sekamat (If u ask me why? Sekolah dan surau dekat, penduduk komuniti melayu.... kawasan kampung.. What else can we ask for).
  • Allah answered our prayer... We will get our new family member in July '08. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Yang penting sihat sempurna dan menjadi anak yang solehah amin.... After we lost our first child last year..we seems to be trauma a little bit... hoping that we do the best for our baby ... insyaallah may Allah bless us. What's more... I'm being pampered by hubby. If nausea and dizziness hit me, he will be devotedly rub my back, massage my head, his lemon juice and ice cream will be next to me. Talking to his unborn child … well actually I even imagine that he will even sit next to his ‘junior’ wearing the Man U shirt. . thanks sayang

Tahun 2008

  • Semoga kami akan menjadi hamba-Nya yang lebih baikdan bertaqwa
  • Simpan duit untuk masuk rumah dan sambut baby
  • Semoga hubby akan berjaya completekan Acca dan aku berjaya habiskan Master.
  • Moga rezeki akan lebih dimurahkan dan hubby kerja di company lain
Mrs Zuedin

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments