Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Memula sekali hubby kata kena update pasal Man U menang.

Kalau jadi peminat bola yg fanatik ni..sanggup ye rupanya tak tido separuh malam :P

Masa hubby dok sonok citer pasal kemenangan Man U tu, baru je bangun tido (ape taknya masuk subuh dah....) Dengar tak dengar je. bla..bla..bla 1-1. Bla...bla..bla..penalty...Bla..bla...bla Man U Menang. hehehhe

Anyway congratulation!!! Seronok sungguh abang part ni. :P. Kiranya kalau kalahla game tu, mau masuk client bad mood je


Alhamdulillah....lulus dah Thesis ari tu. Dah antar yang hard copy kat examiner. Abis juga Master akhirnya .....(tu pun teruja sebab hubby habis Acca. Tercabar woooo. Tak leh jadi ni)

Sebenarnya banyak sungguh kenangan nak menyiapkan study kami berdua.

Firstly - kami tinggal berasingan for the early 9 months of our marriage. Hubby kat KL, sorang lagi kat melaka (nasib baik dekat dan masa tu jd lecturer yg timenya amat flexible. Rasa tak der klas je balik KL). Sedih sangat masa tu, tapi pengalaman duduk berasingan menyebabkan kami lebih menghargai satu sama lain.... Manja pun lebih2 hehehehe (ke ngada2. Ala tak kisahla) ..sampai sekarang tau.... and hopefully sampai bila2

Secondly - hubby started his Acca first followed by me. Register klas selepas sebulan kawin. Just imagine, dahla weekdays duk jauh, biler weekend lak ari sabtu the whole day ada klas kat UiTM. Ahad je free. So hubby pun dengan baik dan rajinnya akan hantar, tunggu dan balik sama2 tiap2 minggu. Adalah dimaklumkan kalau kelas start kul 11 abis kul 8. Cian hubby...dia pun naik boring duk kat UiTM tu. Tapi dia sambil study atau siapkan kerje. But we survive....:) Abis klas je terus dating kat mana2. Ahad lak memang spend the precious time together

Thirdly - dah takder rezeki. Masa kami tgh hectic dengan duk jauh, kerje dan belajar...we lost our first baby due to miscarriage. Dahla masa raya.... tapi Allah Maha Pemurah. Allah gantikan dengan yang lebih baik bila kami benar2 bersedia. We just counting days for Jr. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye

Alhamdullillah....dua2 dah abis. Rumah pun dah nak siap..insyaallah hujung tahun ni... boleh masuk bertiga. Tak sabor rasanya..... hubby cakap weekend je nak jogging ngan Jr. keliling kawasan umah...Exercise gitu (ala sebenornya nak mengempiskan perut hihihihihihih + tambah stamina)

Tapi dalam pada tu, Allah duga lagi..... I am diagnosed to have mild athma due to bad cough. My late mom used to have it... so was I masa kecik2 dulu. Tak sangka kena lagi. So doc suh pakai inhaler sampai batuk elok. Tapi sebab tak pandai pakai, kena pakai aero chamber biar jadi mudah.
Apa pun bersyukur sangat dengan segala nikmat-Nya dan segala yang berlaku ada hikmahnya


posted under | 3 Comments

Sikit je lagi






Alhamdulillah, I had my thesis defense presentation yesterday. At first, I thought things were not going well. Got flu + headache + dan yg seangkatan dengannya on wednesday. Feeling awful. Can't really prepare for the presentation.

I set the alarm clock on 5 am. Though, finally I woke up at 6.15 am. Drove to Shah Alam at 6.45 am..... (why so early???? Sebab takut jem moreover I was the first presenter out of 9). Reached campus at 7.20 a.m. There were 2 other presenters in the room.

While waiting for the panel, I fall asleep (melampau ........sakit kepala what to do). In the mean time, other presenters practising and rehearsing their presentation.

When I woke up at 8.45, there were around 8 panels in the room (taraf2 prof madya, prof, dr) , 5 other presenters and 5 audiences. Fortunately, since 1 panel in hurry, the first presenter changed to other person. Now I was the second presenter. Dup dap dup dap.... waaaaaa she was given killer questions....rileks rileks

Next, I knew it was my turn. Smile lamely in front of the audiences with big protruding belly. The panels make naughty remark.."zuraini..jangan beranak dulu kalau saya tanya macam2. kang masuk record lak". I just smile ... cuak yg amat sangat.

Pergh... the questions hmmmmmmmm susahnya nak jawab. I expect other things and other things were asked. Miraculously, the baby seems to understand my anxiety... he kept still for a while (kalau selalu tu, cam ada EPL dalam perut. Cayang baby mama..baik dier)

Rasa down sangat lepas tu. I waited for a while, to check how good other presenters will be. Semua sama je.. muka pakat nak nangis je.

After the presentation, our supervisor will check back with the examiner whether the amendmend that should be done is minor or major. If it's minor, then the submission will be this 23rd, otherwise next month but on the same day of 23rd.

Alhamdulillah, mine only required minor amendment. Mostly due to the calculation. Mind you that though the title of my thesis is simple, the calculation is confusing. Panel2 tu pun pakat pening, on how should I change the calculation..gitula ginila. (Mereka yg dah tahap2 gitu pun pening...apatah lagi hamba insan yang kerdil)

Balik rumah rasa seronok .. tapi takderla seronok sangat sebab ada lagi sikit nak kene buat. Ingat nak ajak hubby tgk movie.. tapi nantila. Tunggu semua setel. Nanti boleh tgk Narnia.
Last week, biler dah hantar thesis tapi sebelum presentation...hubby ajak tgk Ironman. Okla, menarik gak

So lepas dah setel semua ni, nak prepare utk baby (basuh baju, kemas barang yg masih lagi dalam plastik ,etc) dan belanja hubby. Why???? sebab hubby bnyk tolong... jadi tukang periksa ejaan, tukang check my calculation, tukang beli paper & toner, tukang kemas umah dan tukang urut. I owe u so much dear

okla. nak sambung buat kerja + thesis. Esok nak balik kg.... bnyk dah order makanan. dah terliur rasanya :P

posted under | 5 Comments

Eeeeiii geramnya... panas ati


Let the picts describe everything.................

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.--Malaysia Kini

Walaupun kami tak join bender2 tu, dan kami tak lalu pun jalan tu. Namun, sebagai orang yg duk menyewa kat situ.. Kami pun geram juga ngan pihak konsesi tol ni. The main road is used when we want to go to KL. Fortunately, kami kerje di Bangsar. So, kami guna Besraya that far more cheaper ++++ tak jem macam kat Plaza Phoenix.

Ikutkan ati cam nak pijak2 je perut diorang ni...eehhh bleh ke? Sebab jahat sangat. Taula one of the director bekas ketua polis negeri mana ntah. Eeeeeee kalau jumpa dier kat mana2, rasa cam nak cakap je...

"Pakcik2, pakcik ni cepat2la bertobat..dosa tau menyakitkan ati orang lain. Pakcik tak kutip duit kami pun, cukup makan pakai lagi.". (Baik je bunyi)



Main sembur2 air lak. Cam rakyat ni bersalah je. Bleh tak kalau nak buat report polis...cakap kerajaan tak menunaikan janji. Menindas rakyat.....ehmmm kalau kaya cam Bill Gates time2 macam ni kan best. Tak pun cam Oprah Winfrey. Cakap sikit semua orang dengar. Angguk je...........Hakikatnya itulah Malaysia

Kalau kita bukan orang kaya atau bukan juga kroni..atau bukan juga anak bini...tak siapa ambil peduli

Sesungguhnya doa orang teraniaya tu, makbul di sisi Tuhan

posted under | 3 Comments

Apa Dah Jadi....

Lamanya tak update blog... dah sebulan ye. Macam-macam hal

Firstly - alhamdulillah, mummy nearly eight months pregnant. Jr is doing well, playing footbal inside mummy tummy

Secondly - alhamdulillah, dah hantar thesis ke panel UiTM. Tunggu viva 15 aribulan ni. Berdebar rasanya. Bak kata supervisor, takder yg betul atau tidak dalam research cuma takat mana pandai pusing.. Isk pandai ke nak kelentong panel nanti ni. Doakan lulus ye. Lepas tu baru bleh plan, nak buat PhD ke tak

Thirdly - Shopping moping 70% completed. Last month gi soping kat Pureen Warehouse sale. Bnyk gakla rembat .....almaklumla jalan pun ala2 penguin...cuma lebih comel tu kena prepare sikit2. Sekarang ni tinggal nak cukupkan apa2 yg takder. Semua barang2 besar cam car seat, stroller, barang mummy (masa pantang) dan preparation utk EBM je yg takder lagi

Fourthly - Antenatal class. baru gi last week. Bnyk info, best2. Free lak tu. Orang pun tak ramai. Dalam 20 couple je. Macam2 ada - siap tunjuk video nak beranak, exercise cara nak bernafas time nak beranak. Buat kaegal execise bagai. Tapi kalau dah sakit2 tu tak taula ingat ke tak. Hmm.. hubby lak tak larat nak nengok benda2 tu. Cukupla hubby to be on my side masa delivery, tak yah buat lebih2 eg massage ke soothing ke pebender ke.

Fifthly - Sekarang, tengah kecoh isu jalan kat BMC. Malam tadi je masuk tv, eeeii pehal la diorang ni. Patutnya tanah tu milik kerajaan negeri, so tak yah la buat tembok. Namun company tol dengan gaya tamaknya, nak gak suh lalu tol. Yela kang tak makan nasik lak diorang ni. Cet tamak punya orang. Sia2 je, ratus2 or ribu2 orang kutuk. isk isk boleh ke diorang ni tido lena?

Sixthly - Bnyknya... hehehe saje gatei tangan. Ni dah masuk bulan 5, planningnya hubby nak tukar kerje. To get better offer and better benefit. Tapi cian kat hubby, pening lak dier biler bnyk sgt offer. Client dier semenjak 2 menjak ni asyik offer kerje. Company tu la, ni la. Kat ofis dier pun, manager2 duk nasihat stay kat situ coz ada bright future boleh pakat naik apa yg patutla.
Tak kisahla mana2 pun, yg penting ada self satisfaction cukup makan..cukup pakai.....ada masa bermanja dengan family. (Tapi best gak kan.... kalau duk kat umah jadi housewife dalam 2 3 bulan. Pastu sambung belajo lagi :P. Mana aci abang sorang je yg boleh kerja sana sini demand tinggi2. Nak gak rasa ada orang appreciate kita lebih2)

Okla ... nanti sambung lagi

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments