Apa Dah Jadi....

Lamanya tak update blog... dah sebulan ye. Macam-macam hal

Firstly - alhamdulillah, mummy nearly eight months pregnant. Jr is doing well, playing footbal inside mummy tummy

Secondly - alhamdulillah, dah hantar thesis ke panel UiTM. Tunggu viva 15 aribulan ni. Berdebar rasanya. Bak kata supervisor, takder yg betul atau tidak dalam research cuma takat mana pandai pusing.. Isk pandai ke nak kelentong panel nanti ni. Doakan lulus ye. Lepas tu baru bleh plan, nak buat PhD ke tak

Thirdly - Shopping moping 70% completed. Last month gi soping kat Pureen Warehouse sale. Bnyk gakla rembat .....almaklumla jalan pun ala2 penguin...cuma lebih comel tu kena prepare sikit2. Sekarang ni tinggal nak cukupkan apa2 yg takder. Semua barang2 besar cam car seat, stroller, barang mummy (masa pantang) dan preparation utk EBM je yg takder lagi

Fourthly - Antenatal class. baru gi last week. Bnyk info, best2. Free lak tu. Orang pun tak ramai. Dalam 20 couple je. Macam2 ada - siap tunjuk video nak beranak, exercise cara nak bernafas time nak beranak. Buat kaegal execise bagai. Tapi kalau dah sakit2 tu tak taula ingat ke tak. Hmm.. hubby lak tak larat nak nengok benda2 tu. Cukupla hubby to be on my side masa delivery, tak yah buat lebih2 eg massage ke soothing ke pebender ke.

Fifthly - Sekarang, tengah kecoh isu jalan kat BMC. Malam tadi je masuk tv, eeeii pehal la diorang ni. Patutnya tanah tu milik kerajaan negeri, so tak yah la buat tembok. Namun company tol dengan gaya tamaknya, nak gak suh lalu tol. Yela kang tak makan nasik lak diorang ni. Cet tamak punya orang. Sia2 je, ratus2 or ribu2 orang kutuk. isk isk boleh ke diorang ni tido lena?

Sixthly - Bnyknya... hehehe saje gatei tangan. Ni dah masuk bulan 5, planningnya hubby nak tukar kerje. To get better offer and better benefit. Tapi cian kat hubby, pening lak dier biler bnyk sgt offer. Client dier semenjak 2 menjak ni asyik offer kerje. Company tu la, ni la. Kat ofis dier pun, manager2 duk nasihat stay kat situ coz ada bright future boleh pakat naik apa yg patutla.
Tak kisahla mana2 pun, yg penting ada self satisfaction cukup makan..cukup pakai.....ada masa bermanja dengan family. (Tapi best gak kan.... kalau duk kat umah jadi housewife dalam 2 3 bulan. Pastu sambung belajo lagi :P. Mana aci abang sorang je yg boleh kerja sana sini demand tinggi2. Nak gak rasa ada orang appreciate kita lebih2)

Okla ... nanti sambung lagi

posted under |

0 kata kata:

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments