Perubahan Tanggungjawab

Ditulis oleh Muhamad Izzudin:

Semenjak 1 July 2008 sehingga sekarang, ada beberapa perubahan dalam tanggungjawab saya, sama ada tanggungjawab di rumah mahupun di tempat kerja.

Pertama:
Yang paling ketara adalah saya kini adalah seorang ayah (abah) kepada seorang yang bernama Ahmad Nu'man Wafiy bin Muhamad Izzudin. Bila kita sebut jadi ayah, maknanya keluarga jadi makin besar. Kalau sebelum ni cuma ada 2 orang je (Zue dan Din), tapi kini ada 3 (+ Wafiy).

Kesannya:

Hadis Rasulullah saw ada menyebut "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang kepimpinannya". Hadis yang ringkas, tapi memberi maksud yang amat besar, mendalam dan kena kepada semua orang. Saya bukan sahaja bertanggungjawab kepada diri sendiri, tapi juga keluarga. Ya Allah, besarnya tanggungjawab ni!!
Moga moga, diberi kekuatan untuk memegang tanggungjawab yang besar ni.

Kedua:
Effective 1 July 2008 yang lalu juga, I've been promoted from Senior Associate 1 to Executive Senior. Fyi, post Executive Senior ni equivalent to Assistant Manager di Big 4 yang lain, macam di KPMG. Memulanya, rasa terkejut jugak, sebab tak sangka akan dapat kenaikan jawatan tu, tapi , bila fikir balik, alhamdulillah, rezeki Wafiy agaknya. Yelah kan, dengan keadaan bertambah ahli keluarga, nak masuk rumah baru hujung tahun ni, harga minyak naik, inflation impact dan macam macam lagi, mungkin ini adalah rezeki Allah bagi untuk memudahkan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Kesannya:

Bila difikirkan balik, kesannya mungkin agak ketara jugak pada saya, specifically to my career progress, and also to my 'worklife balance' . Kenapa?? Sebab lepas ni makin banyak la kerja !!! Semalam pon Senior Manager tu dah inform awal awal I've been allocate 10 companies under my portfolio, and at the same time, I still have to assist her in other big clients. Assist in the sense of still doing the fieldwork. Inilah masalahnya......but may be masalah pada masa sekarang je.....but in the long run, I think its beneficial.

I really have to plan my 1 year plan, put down the annual leave into the plan, consider about family, work and so on......sigh.!! If not, when can I have the chance to play with Wafiy???

Kesimpulan:

Semakin kita bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab kita. Senang ke, susah ke, kita mesti cuma untuk hadapinya juga, sebab itu akan mematangkan diri sendiri. Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk menghadapi segalanya....

Insyallah.

posted under |

3 kata kata:

Hasra_Razali said...

Alhmdulillah...bilamana mmbaca ssorg mencerita kan akan tanggungjawab nya...

apa yg tertarik pd hasra, effective 1 july yerk? ermm just to share, effectvie 1st July 2008 also, me become 27th years old...which is 27 years older than wafiy..ahaks...

Farra Da Smiley said...

alhamdulillah murah rezeki yerk..zue berpantang kat mana? kirim salam kat dia ek

fadznida said...

is so very true. ada sorang kawan ni, dia masih asyik membujang.alasannya, belum cukup duit utk berumahtangga, apa tah lagi beranak pinak.

tapi nak, terbukti bahawa Allah Tuhan yang Mengurniakan rezeki.Ada saja lubang rezeki baru yang keluar tanpa disangka disebabkan kita sekadar mengikut secebis daripada ajaran dari Allah melalui Sunnah Rasulullah.

Tahniah dari kami,

alif & afiq
c0rd & nida

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Followers


Recent Comments