Bepuasa dan mengepam

This entry specially dedicated to sechdah and k.herni

Mengepam sambil puasa

"Hish kene pam jugak ke?"
"Larat ke nanti"
"Susu ada ke nanti?"

Insyaallah...kalau kita yakin dan berserah kepada-Nya mesti ada rezeki untuk anak
Ku dah 2 tahun berturut2 puasa penuh (courtesy of breastfeed). Alhamdulillah setakat ni, wafiy dah cecah setahun 7 bulan..masih ada rezeki lagi. Jadi tak kisahla nak puasa Ramadhan ke, ganti ke, nazar ke, sunat ke..mestila ada preparation sikit

1. Kalau boleh ada stok susu (just in case "pengeluaran" hari tu tak memberangsangkan blehla cilok EBM anda. Especially kalau poser bulan Ramadhan...tak payah buat stok bnyk2 sampai jadi pressure..semampunya. Kalau dapat 5 botol ke..10 botol ke...20 botol ke...semua boleh
2. Minum SECUKUPNYA. Bukanlah bergelen2 sampai asik nak terkucil je esoknya.. tak sedap gak ulang alik toilet...lagi kurang susu adela...Yg baiknya 8 gelas atau 2 liter (pandai2 la biler nak negok airnya)
3. Bnykkan intake protein dan calcium. Bleh minum air soya...makan kurma...sardin ke dan yang sewaktu dengannya. (sechdah kan terer buat roti sardin syiook pedas tu).Kurma tu lebih sikit makan. Dah 2 kali poser ni. kalau terbangun sahur time sempat tak sempat..kurma mesti wajib...Kalau nak marbeles lagi buat blended air soya + kurma..I tell U...pergh sedap
4. Pam seperti biasa... jgnla sebab poser..kalau selalu pam 3 kali, time poser jadi 2 kali..kalau tak mesti menggigit jari .
5. Tapi kadang ada jugak yang masih tak cukup buat bekalan anak esok ari. Apa kata bangun malam / pam di subuh ari (ala bangun la setengah jam awal sikit...takper untuk anak kiter jugak kan)...Emak yang jadi pengepam ni memang ada lebih "sacrifice" sikit bab bangun nak pam (tapi ku tak penah buat. Penah buat time pantang je..tak larat wooooo...tapi pam pagi2 lepas bangun tido dan sebelum tido memang wajib)
6. Dan daku yang akhir mesti buat "konsep hutang susu".

Ok itula ye emak2 sekalian. Ku ada kursus di JW Marriott..adeh malasnya nak naik Monorail

posted under , |

3 kata kata:

sozm said...

yosh! agak berkobar2 nak mula try puasa sambil breastpumping ni.

tp kat ofis sekdah pam 2 kali je. kol 11 dgn kol 4. average 2 kali pam, dapat 5 paket 3oz.

tp yusuf dah makin banyak menyusu kat nursery. risau jugak takut susu badan tak cukup...:(

@}--- said...

org baru berdisiplin mengepam.. mmg terpaksa jd rutin pam sblm tido. sgtlah tidak selesa.

zue brapa kali pam kat opis? kat umah? sila detailkan schedule, hahaha

Zuedin said...

ye ibu2 sekalian. entry seterusnya ku dedicatekan utkmu berdua

Newer Post Older Post Home
Powered by Blogger.
There was an error in this gadget

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin
There was an error in this gadget

Followers


Recent Comments