Are U from Indonesia ????






Waduh waduh waduh. Pulang dari Kelantan tempoh hari, sepasang suami isteri dari Belgium menegur mamaku.

"Are u from Indonesia"

Erkkkkkk...sengih busuk saja mamaku. "Nope. I'm local"

Hihihihihihihihihihi.... guess what ---->

That's because mama wore tudung that pretty much like 'Ibu Arini' and 'baby wearing' wafiy.
Mama pakai kain yg macam kain batik utk 'baby wear' wafiy. Beli sebelum nak balik kelantan. Takder yg berkenan. Rembat je yg tu.

1 BIG QUESTION - why do u baby wear ur kid?
So, the list goes.

1. EASY. NO BIG package like stroller
2. BOLEH Dibawa berlari di LCCT dan KLIA. Terbukti berkesan utk mendapat seat yg best dalam flight tanpa perlu membeli express boarding :P
3. Within 30 min at max, wafiy will go to 'lala' land a.k.a tido dgn jayanya. Juga terbukti ketika soping di Tesco, OU even dalam flight
4. Muat masuk dalam beg...uuuuu I like
5. Wafiy boleh join dalam semua aktiviti eg menyapu rumah, melipat kain, menyidai kain, memilih jajan hihihi
6. Boleh breastfeed di public tanpa disedari ..MAMA AMAT SUKA :P

PROVIDED u choose and wear it correct. Sebelum ni mama ada bli jenama P*****. Sakit pinggang. Tak bleh ejas lebih2

Now I'm eyeing on mei tai coz it is double shoulder. But still, I already fall in love with baby wear

Mari berenang...



Ari ni mama saya sakit kepala di ofis dan amat tidak produktif.
(Mama tgh plan nak sambung belajo lagi. Tapi tgh pening..bnyknya mender nak pikir........aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Cian mama saya. Takper mama, petang ni wafiy kiss mama bnyk2 supaya ilang pening :P )
Jadi dia telah men'dedicate'kan gambar ni utk saya dan umar. Umar ni anak auntie ein dan uncle noyo. Kami lahir selang seminggu.


posted under , | 1 Comments

Long time no see .....


Lamanya tak update blog. Wafiy nak interprame muka pun payah :P. Abah sibuk keje kat tempat baru. Selalu balik malam. Mama saya pulak mim...alif...lam...sin yang amat.

Bnyknya mender yg jadi:

1. Firstly, happy third anniversary abah and mama. Tak sedar dah 3 tahun ghupanya. Pejam celik pejam celik...moga jodoh mama dengan abah berkekalan ke akhir hayat.

2. Kami balik kelantan. Best..best. Abah last balik masa pilihanraya bulan 3 ari tu. Mama lak start tau ngandung (bulan 11 07') tak balik. Setahun lebih tu. Bukan apa, tak sempat satu hal. Lagi satu sebab mama pernah miscarriaged so memang tak gi travel jauh2. Holiday pun setakat kat Shah Alam (apa kejadahnya kami book hotel utk bercuti di Shah Alam sebab tak nak penat travel. hihihihihi. Yg penting..... romantik2 gitu). Kami buat aqiqah sekali masa raya aji ari tu. Nanti wafiy cerita lain kali ye

3. Birthday abah yg ke-26. Uuuuhhhh muda remajanya abah saya. Wafiy dan mama doakan abah semoga dirahmati Allah, menjadi hamba-Nya yg lebih beriman dan mampu mendidik dan menjaga keluarga kami dengan sebaiknya.

4. Wafiy achievement so far 4MO -6.2 kg , 5MO - 7 kg, 6MO - 7.6 kg
Amat pandai bergolek2 dan membuat pusingan 360 degree sehinggakan mama selalu kena ambik saya depan pintu though she put me at my comforter in the middle of the room

5. Alhamdulillah..wafiy masih lagi full breastfeed. Tapi mama makin malas nampaknya...Ish ish ish insafla mamaku. (wafiy tau mama malas sebab dalam deep freezer duk penuh susu. Tapi jgn malas tau)

6. Wsfiy first solid food. Mama prepare plain porridge ngan apple puree. Nanti wafiy citer panjang2

okla mama saya tgh susah ati nak isi borang TPM. Wish her luck kay. Wafiy nak gi kacau mama sat

posted under | 0 Comments

Dapat juga ....

Remember mama's previous post??? I was really upset since hubby told me that morning that he was not able to accompany me to my convo. Banyak kerje la...ada meeting ngan Board la.
Aiyak.... sedih sedih...Sib baik masa tu kat ofis takder orang. Kalau tak mesti teman cubicle sebelah tanya. Maunya tak sedih, orang lain ada teman ku bersendirian. Niat di hati nak CANCEL je.

Tapi petang tu hubby called, kata kerje dah siap. meeting lak start petang so dia bleh teman. Berbunga2 hatiku. Nothing much at the convo, cuma since masa degree dulu convo bukan istiadat (takder sultan2 ni) so ku kira cam kobar2 la sebab Agong yg nak bagi. Wahhh manyak hensem aaa hihihiihihi (hubby cakap kete dier takder plat kete...wah baru ku tau. Tapi wife Agong memang cantik dan ayu. )

Kelakar gak sebab mostly students Master dah kawin. So masa konvo bnyk yg tgh tukar atau dah tukar status. eg Mama dapat status 'mama' masa siapkan thesis. My colleague lin - tunggu hari nak deliver baby so tak datang konvo. Takut terberanak atas stage, tak ke naya. Farah pulak datang dengan perut boyot. Next month she will deliver.

Thanks guys for the friendship





Ni hero kecik mama. Dier pun nak pakai konvo. Kan ke dier yg temankan mama masa last sem. hihiihihi














posted under | 5 Comments

Sadness




Really upset..it does effect wafiy's milk supply. Don't ask me why..otherwise I'm gonna cry


That's it


posted under | 3 Comments

Jeles...jeles

There are 4 babies that wafiy's nanny look after rite now. 3 boys and 1 girl, yet wafiy is the youngest and the one that the nanny look after since 'abis pantang'.

So far, so good. She' s quite particular in the cleaning part (mama and abah don't even need need to "potong kuku" even "cuci lidah". Yela sebab baby kan minum susu je..so gradually lidah diorang akak jadi putih and might cause ulser ke pebender ntah. She teaches the kids self discipline, they need to behave yet in the afternoon they still can play among themselves. (Ni after mama buat spot check terbukti la kan)

She's very good in handling EBM cause she had an experience to work at the nearby taska. She's even offer herself to take care of wafiy if we want to go shopping during weekend - no extra charge kay. However, we rather bring along our 'little hero' with us.

She called herself 'mama ita' and pretty much to that name, she really loves those kids since she has only 1 daughter that now in standard 3. She calls my baby - buah hati mama ita OR sayang mama ita (refer to her). I know it's good that she adores my baby

BUT......

I feel so envy and jealous as she can spend time with wafiy. She knows more on wafiy progress than me. Huhuhuhu ku jeles ku jeles. If only I can be WAHM (working at home mommy)

Yela ku bawa balik petang kul 10 mamat kecik tu dah tido.

posted under | 3 Comments

New Job...New Journey...

OK. It's not mama kay instead hubby will start his new job tomorrow.

Means today will be his last day at P** and starts his work at Hei**** P*** tomorrow. This morning, I asked him:


Mama: "Abang tak sedih ke ari ni last day abang?"

Hubby: "Tak der perasaan pun. Geng semua dah blah. Takder kawan. " (cam suara orang sedih tapi sebenonya seronok)


It has been 4 1/2 years for him working at that company. And I knew how he direly need colleague to share his thoughts about work, politics, Man U thingy, bla bla bla. Poor hubby....in his current company, people keep coming and go as they like (tak tahan la sebabnya. Takder work life balance)



Anyway, wafiy and mama would like to wish u "CHaiyok chaiyok abah".
p/s - Abah jgn selalu balik lewat ye.....nanti peminat no.1 abah a.k.a wafiy rinduuuuuuuuuu


posted under | 0 Comments

Ujung minggu lalu

Ke hadapan kawan2 semua...

Ujung minggu lepas, mama dan abah saya telah 'tobek' rambut saya. Ye..apa itu tobek. Tobek itu maknanya memotong rambut sesuka ati asal nampak pendek. Abah kata, kalau kat asrama lelaki, term ni biasa kedengaran. Selalunya warden yg buat.
'Sila perhatikan gunting ini dengan teliti. Jangan main2 tau. Sempoi betul abah dengan mama saya ni. Alas surat kabo je.'



TAPI, wafiy tak kena 'tobek' dengan warden. Mama yg potong dan abah tukang pegang. Mama cakap wafiy kena potong rambut sebab kalau tak mesti kepala asyik busuk je sebab wafiy kuat berpeluh. Abis rambut brown wafiy.... isk isk isk. Lihat.... tobek di kiri dan kanan.






Takper sebagai upah sebab wafiy baik masa sesi menobek, mama dan abah bawa gi jenjalan kat pasar malam. Sebenonya nak melawat ayah chik (adik abah) kat SMAPK. Tapi dier takder, jadi kami pun melencong ke pasar malam. Tapi kedai bnyk lagi tak buka. Mama kata lagi bagus..kalau tak cian kat wafiy.
Wafiy: "abah..cenggini ye rupanya pasar malam. Tapi tak gelap pun. "
Abah:"takper nanti wafiy dah beso... kiter gi yg betulnya pasar malam. Kalau kiter gi malam, kang mama bising."
Demikianlah cerita ujung minggu wafiy



posted under | 1 Comments

Oh My Little Guy ...





Mama and abah little pumpkin down with ONE BIG PACKAGE of FLU, FeVER and COUGH since last thusrday that brought the whole family with dreadful weekend. Went to clinic after maghrib prayer, doc gave flu and fever medicine. Yet until friday morning, the little guy kept crying. One WHOLE nite...huhuhuhu. MInta dukung oooooo, slept for 20 mins, then woke up again.....then in the morning we rushed to see our paed at Hospital An-nur. (muka tak bersalah si kenit ni)
He was given "ubat BOnToT" since the temperature was 39. Still..... tho the fever subsided the little guy still crying. Later that nite around 10 pm, his nanny came to asked his condition. She insisted that hubby bought orregel (ok.. what the heck is that thingy. Well, works like Bonjela but the purpose is to relief baby teething discomfort)

Cian dier. Mama bagi teman mr bee supaya dier tido


Did I said TEETHING DISCOMFORT???? Oooooo yes....way to early for nearly 4 MO little guy. Huh, once the nanny tonyoh tonyoh on his gum..plink....he stopped crying. My oh my...sakit gusi ghupanya Hero kami. It got blackcurrant taste...ok both of us taste it...iyelah mana lah tau. NO wonder he kept drooling this past few days...mama ingat dah kebulur si kenit ni. Anyway, now we slowly "bayar balik" hutang tido 2 malam kami. The little guy was too sleepy last nite that he fall asleep when we gave him his medicine. It doesn't means that he likes those medicine hahahahhaha....




posted under | 4 Comments

Raya Mode...

Mama admit, it was already half of Syawal. Mama was down with fever, flu, cough, etc etc. Kinda of delay post. Anyway, mama still wanna post our family pict. The story will be post afterwards.


Ni perasan masih ber-2. Actually, wafiy dah kena "kidnap" dengan nenek pergi umah moyang seberang jalan rasanya or maybe in the dreamland. Tak ingat sangat. Zalim..zalim








This is our family pict for this year. Boooolat mata anak mama.

posted under | 2 Comments

PaTut ke TAk PaTuT

All this while atuk tak bagitau mama on his experience warded at the hospital. Biler mama tau, mama separuh melenting. Kenapa ye????

Ok atuk masuk spital after 1 week poser dan keluar 1 week before raya. So, atuk duk spital 2 minggu. Since atuk takder kena makan ubat, cuma ubat titik yang berjenis2 ada yg utk 2 jam sekali, 3 jam sekali, 4 jam sekali so atuk pun poser. Kat wad sakit mata tu memangla cuma atuk yg poser tapi patient pun cuma ada 4 orang je kay. Kadang cuma ada 2 orang

For the first week masa kat spital okla since mama dan abah antar makanan utk berbuka dan sahur setiap hari. (Masa tu abah dan mama ambik cuti dekat seminggu.) Dan mama dan abah buker dalam kete tetiap hari hihihihihihihi. Almaklum spital agak jauh dari umah abt 45 min journey dan kami selalu bertolak balik dalam kul 6.30 - 6.45 tak sempat nak sampai umah. Tapi sampai je kami bedal la lauk yg nenek masak. (Tu pun lauk yg mama masak juga tau. Kul 3 kami dah siap masak, since makanan tu nak dibawa ke spital)

On the 2nd week, takderla orang antar makanan kat atuk tiap2 ari, cuma biler sempat mak long a.k.a kakak mama free baru dier bawa makanan dari Tg Malim. Nak dijadikan citer, ghupanya

makanan yg atuk buat sahur tu makanan malam utk pesakit yg selalunya diserve kul 6 kat spital dan makanan buka tu makanan tengahari utk pesakit yg selalunya diserve kul 12 - Aiiiii basile jawabnya makanan sahur tu. Atuk siap kurang 6 kg tuh. isk isk

Jadi patut ke tak patut kalau mama complaint ke surat kobar ke tv ke. Nama spital tu Hospital T**** I****. Iyolah nurse2 tu pun, apalah salahnya tolong2 blikan makanan ke apa ke. Pesakit bukannya ramai kat wad tu. Cit...nila spital gomen. Garang bukan main..tu pun ada yg mama dah sound. Sobar sobar....

Jadi sekali lagi paTUT ke TAK PATUT.......


posted under | 3 Comments

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Kami akan pulang kampung hari sabtu ni tapi akan pergi umah my sis kat Tg malim ari jumaat utk ambik kuih muih. So lepas ni takderla access to the net for one week. Jadi kami sekeluarga ingin mengucapkan:


"Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Izzudin, Zuraini dan Nu'man Wafiy. Maaf zahir batin. Halalkan makan minum kami dan moga kita dilimpahi Rahmat dari-Nya"

P/s - tahun ni kami nak raya keliling kampung sakan. Biar wafiy kenal semua sedara mara ...hihihiihihi

posted under | 3 Comments

Seronoknya....

Seronoknya biler puasa kali ini kami sambut ber3. Tahun pertama sambut sorang kerje kat Melaka sorang kat KL, ala2 bujang gitu. Tahun ke-2, kami sambut berdua je. Tahun ni ber3. Alhamdulillah biler kompeni bagi balik awal, mama sempat la prepare makan buka utk sekeluarga. Tercapai juga hajat, tho kadang ada masak simple2. (Tu pun sib baik hubby tolong kan...kan...) Ada la gak beli kat luar dalam 2 3 kali. We admit it is expensive especially when you bought those at TTDI (nak buat guano, ofisku di situ). Lagi satu, anak tekak kami macam tak bleh nak terima sangat. Mesti ada lebih walau kami bli sikit je. Sikit pun kuih mesti ada 2 jenis, lauk 2 jenis dan sayur. Kalau tak cecah at least RM15 tak sah. Isk isk...

Seronok juga sebab atuk Sabak dah kluar dari spital semalam lepas kena warded for 2 weeks. Cian separuh puasa duk spital. Memang kami selalu datang lawat dan antar makanan buke..tapi manala nak sama makan kat umah. Semalam lepas my sis ambik kat spital, terus buat permintaan nak makan ayam kampung..... Tu pun kami duk tak bagi gi terawih kat mesjid, yela malam bukannya mata tu clear sangat. Buat terawih kat umah ngan bonda pun apa salahnya. So tak sabar nak balik kg weekend ni... Bleh hubby bawa bapak gi mesjid, pasang pelita keliling umah, main mercun sakan (ok hubby spend RM1++ nak beli mender2 mercun ni, isk isk isk kalau buat mencekik best tu). ---->Alasan - ala nak main ngan bebudak ni. Apa salahnya belanja diorang . (Belasah la bang)

Seronok juga sebab dengan lagi 5 hari nak raya ni... mama masih mampu beri exclusive BF kat wafiy dan tambah stok lagi. Alhamdulillah. Peti sejuk makin tak muat. Ayam dan ikan makin menepi dan menyelit2. Nak buka freezer pun kena ati2 kalau tak mesti sakit kaki sebab bnyk frozen EBM yang tergolek2 jatuh keluar. Sakit woooo apetah lagi yg hak 7 oz tu. Syukur sangat2. Biler ada citer yg pasal contaminated milk kat China tu, makin semangat nak teruskan BF. Hmm ada gak bagi hint kat hubby bli deep /chest freezer. Tapi tgkla nanti. Moga Allah panjangkan rezeki wafiy.

We went for 3rd month jab last weekend. Sekarang wafiy dah 6.2 kg. Lahir - 3.25 kg, 1 MO - 4.1kg, 2 MO - 5.3 kg, 3MO - 6.2 kg. After jab, wafiy tak demam or cranky pun. Baik anak mama ni. Cuma kadang2 tu biler tido awal sangat, biasala kul 3 pagi dah bulat matanya ajak abah ngan mama borak. huhuhu sib baik dier pesen bukan jenis nangis. Biler kami letak Mr Bee (bee toy) dier bleh layan borak lama tu. Belasah la..

Last weekend, jumpa kawan2 uni dulu anas, kak herni + irra and her sis kat umah irra. Host 'prepare' nasi beriani kambing tuh. Mama bawa trifle.. kak herni bawa sayur campur yg pakcik aka azlan masak and anas kuih muih. Wawa tak dapek nak datang. takperla lain kali ye dear.
Best best... borak tak hingat punya. Last kami semua jumpa masa mama preggie 6 months. Nanti raya kiter jumpa lagi ye geng

Tapi cian lak rasa sebab MOYANG pompuan wafiy yang kat kelantan sakit lak. Kat kelantan even ada ATAS MOYANG lagi. Kire wafiy ni pangkat piut la dah. So MIL tak sempat prepare paper. So, jap lagi mama nak gi bli biskut kat pasar TTDI. Not bad. Hubby nak gi tgk kat Jalan TAR esok. Isk dier dah start cuti..mama je belum. Tho takder per nak buat kat ofis.......sabor sabor

Ramadhan semakin sampai ke penghujung. Ya Allah.... kurniakanlah kami kekuatan untuk menambahkan amal ibadah kami. Jauhkanlah kami dari menjadi hambaMu yang lalai.. Amin.........

Up and down

Dugaan sungguh..atuk sabak (ayah mama) kena masuk spital sebab sakit matanya tu. So, kami akan pulang dari rabu sampai ahad. Kalau atuk tak baik lagi, mama mungkin akan ambik unpaid leave jaga atuk.....

In the mean time, alhamdulillah abah dapat offer kerje tempat lain. Tapi kami masih lagi memikir..mikirkannya....rezeki wafiy

Semoga Ramadhan pada kali ini akan menjadikan kami hamba-Nya yang lebih bersyukur..tabah..dan beriman

posted under | 2 Comments

Mama new Gadget



Finally the gadget that mama has been craving for arrived. Milk bottle sterilizer + car-homebottle-baby-food-warmer.

Naper mama beria-ia nak ada memender ni.
1. Setiap hari mama hantar 5/6 botol susu gi umah pengasuh. Susu yg mama dah thaw malam sebelum tu, mama siap2 masuk dalam botol. Mudah nak dipanaskan. Gi ofis bawa 6 botol utk 3 kali sesi mengepam. Total setiap ari mama kena sterilize 12 biji botol. Selama ni duk buat guna air panas dalam periuk. 2 kali sesi. Leceh2. Mana nak kemas umah, nak masak, lipat kain, basuh baju...etc..etc. Oh ye mama bukan seperfect Bree Hodge dalam Desperate Housewives...tapi mama cuba nak jadi macam tu bab2 uruskan umah :)

2. Kalau kat umah time sibuk2, abah tolong mama bagi wafiy minum syusyu. Selalunya time mama tengah masak la. But still 90% is direct BF. Kadang dah elok2 panaskan susu tu, wafiy tido padahal sebelum tu beria2 nak. Sejuk lak. Lagi teruk kalau lama sangat susu tu kena buang. huhuhuhuhuhu. Jadi lepas ni buh je siap2. Kalau wafiy nak, terus bagi. Sedap sebab hangat2 syusyu tu, jadi laju je si kecik abiskan. Lepas tu nanti2 boleh panaskan makanan si kecik dalam tu jugak. Dalam keta pun boleh.

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah... ari ni dah masuk ari ke-5 berpuasa. Kami izzudin + zuraini + wafiy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga pada tahun ini, Allah melimpahi rahmat-Nya agar kita dapat menjalani ibadah yang lebih sempurna.

Tahun ni, kami pun berpuasa ber-3. Wafiy pun dok temankan abah ngan mama berbuka. Tapi dier kena "berbuka poser" dulu kalau tak mesti sibuk nak orang temankan dier time mama ngan abah makan.

Last week, we went to Sogo for Hari Raya shopping. Pergi KL dalam kul 10++ tunggu jalan yang ditutup untuk Perarakan Merdeka dibuka. Pukul 11 elok jalan buka kami gi Sogo. Parking was heaven..kosong sana sini. What's more...wafiy bantai tido dari kul 11 sampai kul 7. Bangun time nak minum atau kena kejut. Kami pun sakanlan soping...(berhemah tau)

La ni...mama ngan abah tengah susah hati. Kat mata itam atuk Sabak ada nanah. Specialist bagi ubat titik je, so kena buh ubat titis setiap sejam. Bengkak pulak tu. Nenek pulak demam (ni mesti kes rindu wafiy ni). Kami nak balik kg la jap lagi. Mama dengan abah ambik half day.

Salam Ramadhan semua

posted under | 0 Comments

Breastfeeding Journey....



Frankly speaking, kami memang sebenarnya takderla berkobar2 bab BF ni pada awal pregnancy tho waktu tu kak rita selalu gak bagi article2 on BF. Bukannya tak berminat, tapi mungkin orang sekeliling takder pun yg fully BF anak. Kalau ada pun waktu malam je, siang kat nursery bagi susu formula.

Ntah macam mana, tetiba biler masuk 7 bulan preggie baru rasa nak fully BF anak. Then bacalah kat situ kat sini on BF. Sib baik kat Internet banyak resources. Start membaca blog2 orang yg BF cam kak aida, kak wati and many more. Rasa ala mudah je ni (ni perasaan orang berlagak..time ni..). Pam, buat EBM bagi jela baby. Apa yg payahnya....

Ye mama silap.....bnyk sungguh dugaannya. First lepas beranak. Memang ambik epi, but biler tgk dr kham start menjahit...mama tak tahan minta injection. Terus black out. Sedar2 dah pukul 9, beranak kul 6.45 pm. Sibuk masuk wad semua, baru dapat jumpa baby dalam kul 10++. Masa tu baby masih tak minum paper.

Memang waktu tu ada nurse yg assist but then dier pun sibuk nak balik. Dahla ada nurse lain tu dok cakap, "ala dik kalau akak nanti dah keluar wad baru BF baby. Sekarang ni rehat je". Isk tak bagi semangat langsung...kurengnya nurse.

Since I am first timer, berpeluh2 nak BF ....baby dah start merengek2. Mama pun dah nangis2. Berpeluh2 tak ingatnya, tho duduk dalam aircond..hubby tgk muka kiter syahdu je. Dier pun tak tau nak buat apa. Mama cuba lagi sampai sejam tapi tak berjaya. Demotivated giler. Masa tu sebab kesian sangat kat baby, so hubby sign surat kebenaran bagi FM masa tu. Mama nangis satu malam. That's the first challenge

Lagi 2 minggu nak blk kl start buat EBM masa kat kg. Tapi seba takut penuh fridge atuk tak derlah buat kobar2 sangat. Dapatla dalam stock 20++ packet + botol susu. Masa bawa balik KL penuh kitorang bawa balik guna box Coleman. Masa kat kg kalau orang duk datang melawat semua tanya tak bagi FM ke. Penat gak nak terangkan , sib baik before that memang dah borak2 panjang ngan parents so diorang pun bagi full support. Mak siap tunjuk susu dalam peti lagi kat diorang. Ada yg muka setuju ada yg tak. Biasala....

Next challenge adala BF di public. Hihihihihi kobar je kat dalam mag Pa & Ma tu. Kitorang cakap lain dier tulis lain. But it is true. Memula rasa segan then rasa ok gak. Dah test dah weekend baru ni masa shopping kat Jusco Cheras Selatan. Beli Nursing Puncho then memang bleh BF kat mana2 pun. Kami lepak bench tepi kedai tempat orang lalu lalang..... depan tu ada cermin gabak yg I can see me myself.......hehehehehe cun gak (perasan). Hubby pun lek je makan asam kat sebelah. Setengah tu ada yg cam tgk lebih2..agaknya dier pikir apala minah ni buat duk kelubung2. Then biler nampak kaki wafiy, baru boleh agak. Lebih kurang cam gambar nila. Tapi ni masa kat umah....lepas abis soping moping

Sekarang tengah berusaha nak stock up lagi EBM. Bulan poser nak menjelang tak lama lagi. Baru dapat 50++. Nasib baik pengasuh yg nak jaga wafiy tau cara nak handle EBM... camner nak bagi minum baby. Semoga Allah panjangkan rezeki untuk BF wafiy selama mungkin. Mama target by month..tak nak lebih2. Ni dah achieve 2 bulan , lepas ni 3 bulan then 4 bulan.....semoga dapat cecah 2 tahun.

Kalau ada sesaper ada nasihat ke petua ke... amatla dialu-alukan. :)






posted under | 8 Comments

... Home SWeeT HoMe

Mama is back....nyeh nyeh (tangan dan perasaan memang tengah gatal nak memblog)

Alhamdulillah ......abis dah pantang. Tak der per sangat, ok je. Makan pantang2 pun redha telan sedap je..maybe sebab masa pregnant dulu makan memang tak lalu... tapi sekarang selera memang kengkadang tu mencanak2 sampai boleh kalahkan hubby makan. Ni pun dah makan cam biasa walaupun ada beberapa benda masih tak berani nak telan. Cam telur, nenas, tapai, labu dan beberapa menatang lagi. Almaklum ...kalori diperlukan untuk 'nenen' wafiy yg sejam, 2 jam sekali nak 'melekat je'. Isk ..isk control2 makan tu.

Ni pun baru je telan pizza(why2 naper pizza. nape tak masak. Jawapannya....gas di rumahku baru je abis sedangku tengah nak masak carbonara. Barang di dapur semua perlu di masak atas dapur gas..melainkan rumahku ni landed property..dah buat ayam barbeque dah jawabnya. Sebelum tu call McD takderlak delivery sampai sini. ish ish. Sib baik pizza ada delivery.. siap dapat kurang RM5 sebab datang 40 minit dari masa order..dier janji setengah jam..untung mummy :) )

Balik ahad lepas, tp baru sekarang dapat memblog. Sebabnya.....

1. Umahku takla seperti dilanda garuda atau dipukul taufan narjis... tapi biler ' si bujang' tak sempat kemas umah for 6 weeks..paham2 jela. Memula masuk ...kuatkan semangat..hehehehe
2. Heroku mesti nak nengok muka mama dier. Kalau tak dukla merengek. Nak kawan je sebenonya si kecik ni... Akhirnya mama letak depan tv..... kuatkan sikit bunyi cam paham je dier esp kalau iklan meriah2. ni pun sempat memblog sebab wafiy tengah di alam mimpi
3. Settlekan mender2 cam cari pengasuh - kakak tu duk tingkat 4, kitorang tgkt 5 senang sikit. Dier pun ok je nengoknya..moga2 semuanya selamat

Banyak nye nak tulis...lek lek sikit (amaran pihak kerajaan - kalau boring sila tutup window ni dan buat semula kerja anda)

Time ber2 kat umah ni and time wafiy tido, rindu lak kat kg. Nenek dan atuk dah pakat sayu.sedih je masa kami balik. Maunya tak. Si atuk yang temankan kami tido for 6 weeks biler abahnya takder.. orang kata tak elok tinggalkan orang pantang sorang2. hehehehhe manja je tu. Neneknya lak petang2 main buai ngan cucu..pastu duk borak2 ntah apa ntah. Cucu nya lak rajin menjawab. (ala bahasa dier la tu.by cooing - goos, gurgles, and grunts) sadis sadis. Ni wafiy dengan mak su dier. Tu nak UPSR tak lama lagi, tu sebab sambil pok pok wafiy, sambil baca buku sambil tido. huuhuhhuhuhu

Parenthood journey is so adventure....yet so exciting..
Funny at one moment I cried when my baby had his first choking experience.. flu..tercabut tali pusat..... bekas BCG bernanah ..kena gigit semut (tho just a lill bit... ) ---- eee series ngarut mak si wafiy ni

Dulu time cuti kat umah memang boring. tapi sekarang tidak lagi. Sib baik sempat abis belajo. Terima kasih banyak2 le my supervisor. I owe u so much. Kalaulah tak kerana keyakinannya... memang tak siap lagi masterku.. dan lagi challenging la nak menyiapkannya.

Nampaknya si hero dah bangun. Need to go....

posted under | 4 Comments

Topik: Panduan Untuk Mereka Yang Baru Menjadi IbuBapa

Dunia hari ni berubah begitu cepat...saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan seterusnya tahun ke tahun......
Dunia hari ni kata orang dunia moden.......'remaja' usia 20-an ramai yang sudah berumah tangga. dan dalam masa yang sama ramai juga yang jadi ibubapa dalam usia yang begitu muda.
Dunia moden......kaitannya pula dengan kerjaya. Kalau dulu ayah sahaja yang berkerja, si ibu suri rumah sepenuh masa. Tapi kini, semua orang berkerja. Kalau ibu tak berkerja, mungkin tanggungan si ayah akan menjadi berat, lebih lebih lagi dalam suasan inflasi dan bebanan 'survival of life' yang maha hebat.
Apabila berkerjaya, anak-anak macam mana pulak ye??
Siapa nak jaga?
Siapa nak bagi minum susu (breasfeeding)??
Siapa nak bagi didikan agama?
Siapa nak buat semua ni? Siapa??
Mak Indon ke??

Macam macam persepsi dan pandangan boleh diberi.

Saya suka berkongsi pembacaan saya melalui Majalah Pa & Ma, keluaran bulan Ogos 2008.
Tajuknya tentang "Sediakan anda menyusukan bayi anda di depan umum?"
Kenapa tajuk ini?......Sebab suasana dunia hari ini, suasana kerjaya, desakan 'survival of life', mungkin menyebabkan tidak ramai yang masih mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi/anak sendiri. Kalau zaman mak bapak kita dulu, mana la ada bebenda macam susu formula macam hari ni. Kalau ada pon , tak meluas promosinya.......
Tapi hari ini macam mana???
Bukak tv je berlambak iklan susu formula.....

Berbalik pada tajuk, oleh sebab tak bagi breastfeeding sendiri, apatah lagi "nak menyusukan bayi anda di depan umum".

Saya syorkan untuk semua beli Majalah Pa & Ma bulan Ogos yee...
Belek beleklah muka surat 15 tu.....siapa di situ ???
Ahaks.....hahaha.....

posted under | 6 Comments

Perubahan Tanggungjawab

Ditulis oleh Muhamad Izzudin:

Semenjak 1 July 2008 sehingga sekarang, ada beberapa perubahan dalam tanggungjawab saya, sama ada tanggungjawab di rumah mahupun di tempat kerja.

Pertama:
Yang paling ketara adalah saya kini adalah seorang ayah (abah) kepada seorang yang bernama Ahmad Nu'man Wafiy bin Muhamad Izzudin. Bila kita sebut jadi ayah, maknanya keluarga jadi makin besar. Kalau sebelum ni cuma ada 2 orang je (Zue dan Din), tapi kini ada 3 (+ Wafiy).

Kesannya:

Hadis Rasulullah saw ada menyebut "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu akan ditanya tentang kepimpinannya". Hadis yang ringkas, tapi memberi maksud yang amat besar, mendalam dan kena kepada semua orang. Saya bukan sahaja bertanggungjawab kepada diri sendiri, tapi juga keluarga. Ya Allah, besarnya tanggungjawab ni!!
Moga moga, diberi kekuatan untuk memegang tanggungjawab yang besar ni.

Kedua:
Effective 1 July 2008 yang lalu juga, I've been promoted from Senior Associate 1 to Executive Senior. Fyi, post Executive Senior ni equivalent to Assistant Manager di Big 4 yang lain, macam di KPMG. Memulanya, rasa terkejut jugak, sebab tak sangka akan dapat kenaikan jawatan tu, tapi , bila fikir balik, alhamdulillah, rezeki Wafiy agaknya. Yelah kan, dengan keadaan bertambah ahli keluarga, nak masuk rumah baru hujung tahun ni, harga minyak naik, inflation impact dan macam macam lagi, mungkin ini adalah rezeki Allah bagi untuk memudahkan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Kesannya:

Bila difikirkan balik, kesannya mungkin agak ketara jugak pada saya, specifically to my career progress, and also to my 'worklife balance' . Kenapa?? Sebab lepas ni makin banyak la kerja !!! Semalam pon Senior Manager tu dah inform awal awal I've been allocate 10 companies under my portfolio, and at the same time, I still have to assist her in other big clients. Assist in the sense of still doing the fieldwork. Inilah masalahnya......but may be masalah pada masa sekarang je.....but in the long run, I think its beneficial.

I really have to plan my 1 year plan, put down the annual leave into the plan, consider about family, work and so on......sigh.!! If not, when can I have the chance to play with Wafiy???

Kesimpulan:

Semakin kita bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab kita. Senang ke, susah ke, kita mesti cuma untuk hadapinya juga, sebab itu akan mematangkan diri sendiri. Semoga Allah swt memberi kekuatan untuk menghadapi segalanya....

Insyallah.

posted under | 3 Comments

Wajah Generasi Izzudin & Zuraini - Ahmad Nu'man Wafiy

Ditulis oleh Muhamad Izzudin:


Gambar 1


Gambar ni di ambil masa Wafiy lepas breastfeeding ngan mama dia. Baru nak tido agaknya kot.......Posing ala nak terbang gitu.







Gambar 2
Ni lah dia wajah Wafiy dari dekat!!
Gambar ni amik masa baru je lepas keluar dari perut mama dia.
Rasa rasa la kan...mcm muka sape ni?






Gambar skit je ada, sebab yang lain ada kat hp mama nya......

Nanti weekend ni, saya nak balik Sabak Bernam lagi.....insyallah kalo ada gambar gambar terbaru, kita share nanti.......

posted under | 5 Comments

New Family Member - Ahmad Nu'man Wafiy

Ditulis Oleh Muhamad Izzudin:

Tanggal 27 June 2008 hari Jumaat , jam 6.45 petang, detik bersejarah yang ditunggu tunggu selama ini akhirnya tiba jugak......

Zuraini Mohamad Maskor telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.......selamat selamat......selamat semuanya akhirnya.......nama diberi Ahmad Nu'man Wafiy

Tapi sebelum cerita kat labor room tu....jom kita flash back sehari sebelum itu......zassss

Jam 6.30 ptg , 26 June 2008 - Zue bawak kereta Wira merah kitorang tu....nak amik saya kat Menara Telekom...maklumlah, musim minyak tengah naik sekarang ni, kira nak kongsi kereta la kan.....saya akan bawak moto dari menara TM ke offis PwC, atau client.......pergi dan balik kerja sama sama.......then, pada hari tu, masa saya sampai kat menara TM, nampak kereta Wira tu mati enjinnya.....tanya mummy "Enjin mati apesal?"....dijwabnya "entahlah, tekan minyak tak nak naik"...........woops.....minyak habis ke???........

Sekali betul la minyak tu keringggg!!!....Mummy plak kata "ingatkan sempat nak tunggu abang sampai, pastu isi kat BP depan tu".......adus......jawabnya tak sempat la.......

Nak dijadikan cerita...masa tuh hujan lebat.....kita pon meredah hujan, bawak tong minyak kosong, gi BP depan...isi minyak ......jam dah pukul 7 malam dah.....

Then bila dah isi balik, kereta tak mau idup jugak.....mummy dok tunggu bawah Plaza Pantai tu........kita pon gelabah jugak.....hmmmm apesal la tak nak idop??.....tepon abah kat kelantan, tanya pendapat....abah kata, kene tunggu lama skit, baru minyak naik......ok lah, kita pun tunggu je la....mummy plak katanya dah penat sebab duduk kat situ tak kena cara. Orang mengandung ni biasa la, kalu duduk tak kena cara, sakit pinggang mula la datang. Pastu dia kata perus jadi tegang je....

Jam kol 7.30 dah.....sekali kereta tak nak idop jugak....chess.....!!!....Mummy kata, "agaknya tak cukup minyak kot bang? "........ye lah kan, dengan minyak naik ni, RM6 satu tong minyak tu, banyak manalah cukup nya......? moto pon full tank dah dekat RM10 hengget......bengong punya Monyet/KERA-Jaan.......
Lepas tu, sekali lagi lah menapak gi stesen minyak.......isi lagi RM6 hengget....lepas tu baru lah kereta hidopp....alhamdulillah........

Jam dah pukul 8 mlm.....maghrib tak solat lagi.......kitorang pon menapaklah cari surau kat Plaza Pantai tu......jalan punya jalan, surau yang dicari tak jumpa jugak....'manalah pulak surau ni, nyorok ke apa?'.......tanya pak guard, rupa rupanya surau kat 'bawah tanah', parking underground......masa tu jalan dah letih gila dah....mummy plak dah senget senget jalan.....katanya ' sakit perut la bang, tak larat dah ni'.......
Kitorang bertahan sampai lah jumpa surau, then solat maghrib dan tunggu isyak sekali......
Lepas semayang, mummy kata perut rasa tak selesa.........

On the way balik, kitorang tapau KFC kat Kuchai Lama......balik rumah dah penat yang teramat sangat.....tapi mummy asyik kata perut dia tak selesa.......oleh sebab masa tuh dah penat sangat....kitorang tido dulu, then saya kata 'kalo ada rasa sakit berterusan, kita gi spital la malam ni'.....
Kitorang buat kesimpulan, sakit tu datang sebab banyak jalan hari tu. Kata orang, kalo nak cepat bersalin, kena banyak berjalan.......

Jam 6.30 pagi, 27 June 2008.
Lepas solat subuh, kitorang plan nak gi spital. Sakitnya dah berkurang, tapi rasa nak gi spital jugak sebab takut takut apa apa pulak jadi nanti......Sepatutnya kitorang appoitment ngan doktor Khamsiah kat Annur Bangi tu esoknya, tapi kitorang nak pegi awal lah.......

Plannya, kalo lepas check takde apa apa, masing masing terus pegi keje....so, kitorang bawak lah kereta sebijik sorang......sebab Mummy nak gi ofis, saya plak client kat Bangi tu je......tapi memikirkan kalo ada apa apa, kena teradmit hospital ke, kitorang terus bawak baju, dan beg penuh dengan pakaian baby.......

Check ngan doktor.....Doktor tanya "ada rasa sakit ke?"...Kami jawab "ADA!".
Bila check, rupanya dah terbukak 3cm dah!!.....doktor terus suruh admit ke hospital.

Jam 12 tengahari ,
Terus masuk ke labor room. Masa tu kitorang sengih sengih lagi, sebab happy bercampur baur.
Siap buat lawak macam macam la.......tapi dah mula tepon family kat kampong, inform they all.

Jam 12.30 tengahari,
Dr Khamsiah datang, tolong check dan pecahkan air ketuban.

Jam 1 petang,
Saya gi solat jumaat kat depan masjid tuh je, Masjid Hassah, Bangi. Balik solat Jumaat, sempat lagi gi client kat depn Warta Bangi tu. Jumpa team, and request the related schedules to do up the tax section. Angan-angan Mat Jenin, ingat nak keja kat spital, malam malam.....huh

Jam 3 petang,
Doktor pakar bius datang, bagi masuk epidural dalam badan. Nak kurangkan sakit.

Jam 5 petang,
Dr Khamsiah datang check lagi. Dah 7 cm dah!!

Jam 6 petang,
Mummy tetiba rasa sakit teramat sangat. I know it's time now. Dr Kham datang. Bidan pon ada.

Jam 6.45 petang,
Our first baby selamat dilahirkan ke dunia!!..Alhamdullillah. Semuanya selamat.

Hari ini 8 July 2008:
Wafiy sudah berusia 11 hari, kuningnya makin kurang, tali pusat dah putus, tapi buang air besar nya banyak!! Ada la dalam 7-8 kali sehari agaknya. Tp itu normal, kata nurse yang datang check kat rumah.
Zue dan Wafiy dok kat kampung Sabak Bernam, berpantang kat sana.
Saya pulak jadik 'bujang' balik, seperti 2 tahun yang lalu, masa kitorang dok jejauh, sorang kat Melaka, sorang kat KL.

Kami bersyukur sebanyak banyaknya kepada Allah swt atas kurniaan ini.

Perkara coincidence yang berlaku yang paling best adalah:
1. Birthday Zue 26 June 2008, birthday Wafiy 27 June 2008 (kira hadiah hari jadi la ni)

Senyum je manjang....hehe

Gambar nanti akan diupdate

posted under | 3 Comments

Counting days.....


Each day, the most popular question by hubby to Jr.... "Sayang biler nak keluar temankan abah. Abah tak sabar ni"

Then he will poke my tummy a lill' bit. Cam main hide and seek lak anak beranak ni.

Tu la kan.. tak sabor gak rasanya. Kalau ikut EDD, ada lebih kurang 2 minggu lagi. Ari tu cam yeye je nak keluar. hehehehe bikin suspens je.

Tu sebab kami exercise jalan bnyk2 sekarang time weekend. Biar senang sikit Jr nak keluar. Last week, gi ukur jalan kat Jalan Masjid India dan Jalan TAR. (Merayap keliling2 tu..). Best gak sebab tak ramai sangat orang (gaji kan belum masuk, tgh bulan lak tu + minyak yg naik rege).

Hm minggu ni nak merayap mana lak ye. Takper nak plan "baik punya" sambil mencari makanan yg best2. Nanti confinement kecur air liur lak.

Berdebar gak, camner la nak tau biler kene gi spital. Memangla tau sign2 nya dengan membaca sana sini..tapi biler kena Braxton Hicks tu.. ader mamat tu cam dah siap2 nak angkat beg (aka my dear hubby)

Anyway.. in case ter deliver awal.


Nak pohon ampun maaf dari kawan2. Doakan semoga semuanya berjalan mudah dan lancar. Halalkan makan minum.


posted under | 5 Comments

Memasak vs Mencekik

Sebagai mummy yang boring tak tau nak buat apa kat umah. So, I surf the net melihat ketereran ("ada ke word tu") orang lain memasak. Tapi akibatnya mummy rasa nak memasak makanan2 berikut (mentekedarah la tu namanya) :

1. Pulut bersama ikan masin
2. Serawa durian
3. Bubur kacang hijau dengan durian
4. Kuih cara berlauk
5. Tahu sumbat
6. Popiah sardin
7. Roti jala cicah kuah kari ayam
8. Trifle

Pikir punya pikir (sambil memikirkan diri yang tak larat nak berdiri lama2, menu berbuka nanti pasti ada kuih karipap (baki ari tu), tahu sumbat dan bubur kacang hijau durian.

p/s - ni kalau hubby tau mesti dier cakap "ala abang baru nak kempiskan perut....ni banyak2 ni mesti abang yang kena abiskan". (Ala sambil tengok Euro malam ni pun bleh isi perut lagi)

Main dish????? lemah sikit nak menjawabnya..sebab takder idea.

posted under | 3 Comments

Depression...

Tajuk pun depression...mummy memang tengah depress.

Almaklum dari isu minggu lepas pasal kes harga minyak naik. Aduiiiii...nasib baik ari tu sempat isi minyak full tank. Q kat stesen minyak dekat taman perumahan setengah jam je..pastu kelam kabut nak anta MIL gi stesen ketapi sebab dier nak balik kelantan malam tu. Hubby lak dah sah2 stranded kat stesen minyak kat Subang. Tapi semua tempat jem.....sebab orang duk sibuk q isi minyak...ni gara2 ada orang undi "B_" la 8 mac ari tu. Eeeeee tensen2.

Sebenornya takdela rasa sangat impactnya (lagi...) tapi since kami duk kat flat biler dengar jiran2 pakat mengeluh, kami pulak yang tensen. Yela sebelum ni klau tengah bulan je, nampak diorang beli lauk telur, sardin, etc. Bayangkan lepas ni pulak, apela diorang nak makan. Nak suh makan ubi? Nak tanam kat mana. Mestila nak makan nasi juga. Suh tukar cara hidup, eh hello kalau orang macam ni dah abis berjimat dah diorang. Lainla ada puak2 tu, baru kene potong 10% elaun pun dah kecoh. Wei korang berkhidmat utk rakyat, tunjuk la sikit ciri2 keikhlasan tu. Berkorban sikit pun nak bising2.

Mungkin sebab tula kot, mummy kena premature contraction. Gitulah yg dr cakap. Khamis malam jumaat tu, Jr tak aktif sangat..malam lak asyik sakit2. Nak kata dah sampai masa, takder lak tanda2 yg biasanya kelihatan. Pagi jumaat tu pun biler dah belasah sarapan, cam tak aktif je. So, kami pun pergi la spital terus sebab nak buat CTG. Alih2 mak bidan yang menggelarkan dirinya Ibu cakap I had premature contraction dan akhirnya mummy kena warded.

Sebab baru 35 minggu, paru2 baby belum cukup matang. Maka berkampungla kami ari jumaat sampai sabtu kat spital. Sebabnya dr nak bagi injection supaya paru2 baby kuat dan mummy dah dilate 1 cm ++. Kot2 terberanak, dah kt spital. terkejut gak kami, dahla masa pergi spital tu tak expect paper pun. Takder prepare apa2, dengan baju kerje bagai. MIL yg baru sampai ari kamis kat kelantan lak dah cuak nak datang balik. Tapi kami suh hold, kalau betul dah timenya baru datang.

So, petang tu hubby balik kemas apa2 yg patut termasuk barang2 baby angkut sekali. Ni muka orang penat jaga mummy and jr kat spital. Nasib baik hubby bleh stay sekali kalau tak mati kutu tak tau nak buat apa.

To conclude, mummy dapat mc seminggu (tapi mummy jadi super duper tensen sebab tak tau nak buat apa kat umah. Nak merayap, bukannya larat sangat. Sibuk lak menghabiskan hutang piutang puasa ari tu. Mengandung exactly lepas raya, dengan morning sickness yang teruk, BP yang rendah. Ni jela masanya nak puasa.

Sekarang tgh sibuk2 nak siapkan apa2 yg patut eg barang mumy and baby takut terberanak awal. Tu pun semalam sempat buat karipap. Boring, tak tau nak buat apa. Ni rasa nak buat kuih lain lak..hehehehe pulut ngan ikan masin pun sedap ni buat buka.

Aduhai, mummy boring. Sabor je la

posted under | 3 Comments

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Memula sekali hubby kata kena update pasal Man U menang.

Kalau jadi peminat bola yg fanatik ni..sanggup ye rupanya tak tido separuh malam :P

Masa hubby dok sonok citer pasal kemenangan Man U tu, baru je bangun tido (ape taknya masuk subuh dah....) Dengar tak dengar je. bla..bla..bla 1-1. Bla...bla..bla..penalty...Bla..bla...bla Man U Menang. hehehhe

Anyway congratulation!!! Seronok sungguh abang part ni. :P. Kiranya kalau kalahla game tu, mau masuk client bad mood je


Alhamdulillah....lulus dah Thesis ari tu. Dah antar yang hard copy kat examiner. Abis juga Master akhirnya .....(tu pun teruja sebab hubby habis Acca. Tercabar woooo. Tak leh jadi ni)

Sebenarnya banyak sungguh kenangan nak menyiapkan study kami berdua.

Firstly - kami tinggal berasingan for the early 9 months of our marriage. Hubby kat KL, sorang lagi kat melaka (nasib baik dekat dan masa tu jd lecturer yg timenya amat flexible. Rasa tak der klas je balik KL). Sedih sangat masa tu, tapi pengalaman duduk berasingan menyebabkan kami lebih menghargai satu sama lain.... Manja pun lebih2 hehehehe (ke ngada2. Ala tak kisahla) ..sampai sekarang tau.... and hopefully sampai bila2

Secondly - hubby started his Acca first followed by me. Register klas selepas sebulan kawin. Just imagine, dahla weekdays duk jauh, biler weekend lak ari sabtu the whole day ada klas kat UiTM. Ahad je free. So hubby pun dengan baik dan rajinnya akan hantar, tunggu dan balik sama2 tiap2 minggu. Adalah dimaklumkan kalau kelas start kul 11 abis kul 8. Cian hubby...dia pun naik boring duk kat UiTM tu. Tapi dia sambil study atau siapkan kerje. But we survive....:) Abis klas je terus dating kat mana2. Ahad lak memang spend the precious time together

Thirdly - dah takder rezeki. Masa kami tgh hectic dengan duk jauh, kerje dan belajar...we lost our first baby due to miscarriage. Dahla masa raya.... tapi Allah Maha Pemurah. Allah gantikan dengan yang lebih baik bila kami benar2 bersedia. We just counting days for Jr. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ye

Alhamdullillah....dua2 dah abis. Rumah pun dah nak siap..insyaallah hujung tahun ni... boleh masuk bertiga. Tak sabor rasanya..... hubby cakap weekend je nak jogging ngan Jr. keliling kawasan umah...Exercise gitu (ala sebenornya nak mengempiskan perut hihihihihihih + tambah stamina)

Tapi dalam pada tu, Allah duga lagi..... I am diagnosed to have mild athma due to bad cough. My late mom used to have it... so was I masa kecik2 dulu. Tak sangka kena lagi. So doc suh pakai inhaler sampai batuk elok. Tapi sebab tak pandai pakai, kena pakai aero chamber biar jadi mudah.
Apa pun bersyukur sangat dengan segala nikmat-Nya dan segala yang berlaku ada hikmahnya


posted under | 3 Comments

Sikit je lagi






Alhamdulillah, I had my thesis defense presentation yesterday. At first, I thought things were not going well. Got flu + headache + dan yg seangkatan dengannya on wednesday. Feeling awful. Can't really prepare for the presentation.

I set the alarm clock on 5 am. Though, finally I woke up at 6.15 am. Drove to Shah Alam at 6.45 am..... (why so early???? Sebab takut jem moreover I was the first presenter out of 9). Reached campus at 7.20 a.m. There were 2 other presenters in the room.

While waiting for the panel, I fall asleep (melampau ........sakit kepala what to do). In the mean time, other presenters practising and rehearsing their presentation.

When I woke up at 8.45, there were around 8 panels in the room (taraf2 prof madya, prof, dr) , 5 other presenters and 5 audiences. Fortunately, since 1 panel in hurry, the first presenter changed to other person. Now I was the second presenter. Dup dap dup dap.... waaaaaa she was given killer questions....rileks rileks

Next, I knew it was my turn. Smile lamely in front of the audiences with big protruding belly. The panels make naughty remark.."zuraini..jangan beranak dulu kalau saya tanya macam2. kang masuk record lak". I just smile ... cuak yg amat sangat.

Pergh... the questions hmmmmmmmm susahnya nak jawab. I expect other things and other things were asked. Miraculously, the baby seems to understand my anxiety... he kept still for a while (kalau selalu tu, cam ada EPL dalam perut. Cayang baby mama..baik dier)

Rasa down sangat lepas tu. I waited for a while, to check how good other presenters will be. Semua sama je.. muka pakat nak nangis je.

After the presentation, our supervisor will check back with the examiner whether the amendmend that should be done is minor or major. If it's minor, then the submission will be this 23rd, otherwise next month but on the same day of 23rd.

Alhamdulillah, mine only required minor amendment. Mostly due to the calculation. Mind you that though the title of my thesis is simple, the calculation is confusing. Panel2 tu pun pakat pening, on how should I change the calculation..gitula ginila. (Mereka yg dah tahap2 gitu pun pening...apatah lagi hamba insan yang kerdil)

Balik rumah rasa seronok .. tapi takderla seronok sangat sebab ada lagi sikit nak kene buat. Ingat nak ajak hubby tgk movie.. tapi nantila. Tunggu semua setel. Nanti boleh tgk Narnia.
Last week, biler dah hantar thesis tapi sebelum presentation...hubby ajak tgk Ironman. Okla, menarik gak

So lepas dah setel semua ni, nak prepare utk baby (basuh baju, kemas barang yg masih lagi dalam plastik ,etc) dan belanja hubby. Why???? sebab hubby bnyk tolong... jadi tukang periksa ejaan, tukang check my calculation, tukang beli paper & toner, tukang kemas umah dan tukang urut. I owe u so much dear

okla. nak sambung buat kerja + thesis. Esok nak balik kg.... bnyk dah order makanan. dah terliur rasanya :P

posted under | 5 Comments

Eeeeiii geramnya... panas ati


Let the picts describe everything.................

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.--Malaysia Kini

Walaupun kami tak join bender2 tu, dan kami tak lalu pun jalan tu. Namun, sebagai orang yg duk menyewa kat situ.. Kami pun geram juga ngan pihak konsesi tol ni. The main road is used when we want to go to KL. Fortunately, kami kerje di Bangsar. So, kami guna Besraya that far more cheaper ++++ tak jem macam kat Plaza Phoenix.

Ikutkan ati cam nak pijak2 je perut diorang ni...eehhh bleh ke? Sebab jahat sangat. Taula one of the director bekas ketua polis negeri mana ntah. Eeeeeee kalau jumpa dier kat mana2, rasa cam nak cakap je...

"Pakcik2, pakcik ni cepat2la bertobat..dosa tau menyakitkan ati orang lain. Pakcik tak kutip duit kami pun, cukup makan pakai lagi.". (Baik je bunyi)



Main sembur2 air lak. Cam rakyat ni bersalah je. Bleh tak kalau nak buat report polis...cakap kerajaan tak menunaikan janji. Menindas rakyat.....ehmmm kalau kaya cam Bill Gates time2 macam ni kan best. Tak pun cam Oprah Winfrey. Cakap sikit semua orang dengar. Angguk je...........Hakikatnya itulah Malaysia

Kalau kita bukan orang kaya atau bukan juga kroni..atau bukan juga anak bini...tak siapa ambil peduli

Sesungguhnya doa orang teraniaya tu, makbul di sisi Tuhan

posted under | 3 Comments

Apa Dah Jadi....

Lamanya tak update blog... dah sebulan ye. Macam-macam hal

Firstly - alhamdulillah, mummy nearly eight months pregnant. Jr is doing well, playing footbal inside mummy tummy

Secondly - alhamdulillah, dah hantar thesis ke panel UiTM. Tunggu viva 15 aribulan ni. Berdebar rasanya. Bak kata supervisor, takder yg betul atau tidak dalam research cuma takat mana pandai pusing.. Isk pandai ke nak kelentong panel nanti ni. Doakan lulus ye. Lepas tu baru bleh plan, nak buat PhD ke tak

Thirdly - Shopping moping 70% completed. Last month gi soping kat Pureen Warehouse sale. Bnyk gakla rembat .....almaklumla jalan pun ala2 penguin...cuma lebih comel tu kena prepare sikit2. Sekarang ni tinggal nak cukupkan apa2 yg takder. Semua barang2 besar cam car seat, stroller, barang mummy (masa pantang) dan preparation utk EBM je yg takder lagi

Fourthly - Antenatal class. baru gi last week. Bnyk info, best2. Free lak tu. Orang pun tak ramai. Dalam 20 couple je. Macam2 ada - siap tunjuk video nak beranak, exercise cara nak bernafas time nak beranak. Buat kaegal execise bagai. Tapi kalau dah sakit2 tu tak taula ingat ke tak. Hmm.. hubby lak tak larat nak nengok benda2 tu. Cukupla hubby to be on my side masa delivery, tak yah buat lebih2 eg massage ke soothing ke pebender ke.

Fifthly - Sekarang, tengah kecoh isu jalan kat BMC. Malam tadi je masuk tv, eeeii pehal la diorang ni. Patutnya tanah tu milik kerajaan negeri, so tak yah la buat tembok. Namun company tol dengan gaya tamaknya, nak gak suh lalu tol. Yela kang tak makan nasik lak diorang ni. Cet tamak punya orang. Sia2 je, ratus2 or ribu2 orang kutuk. isk isk boleh ke diorang ni tido lena?

Sixthly - Bnyknya... hehehe saje gatei tangan. Ni dah masuk bulan 5, planningnya hubby nak tukar kerje. To get better offer and better benefit. Tapi cian kat hubby, pening lak dier biler bnyk sgt offer. Client dier semenjak 2 menjak ni asyik offer kerje. Company tu la, ni la. Kat ofis dier pun, manager2 duk nasihat stay kat situ coz ada bright future boleh pakat naik apa yg patutla.
Tak kisahla mana2 pun, yg penting ada self satisfaction cukup makan..cukup pakai.....ada masa bermanja dengan family. (Tapi best gak kan.... kalau duk kat umah jadi housewife dalam 2 3 bulan. Pastu sambung belajo lagi :P. Mana aci abang sorang je yg boleh kerja sana sini demand tinggi2. Nak gak rasa ada orang appreciate kita lebih2)

Okla ... nanti sambung lagi

posted under | 0 Comments

Sleepy Note vs Babbling Mode


Obviously, I'm so sleepy + pressure (thesis) rite now.......

Cuma nak membebel...kami ada kongsi hobi kalau kat umah/ dalam kereta
Kami suka nyanyi cum melalak bersama (eClass ke hubby??? :P)

p/s - tu nama team nasyid hubby masa kat uni. Frankly speaking, malu giler masa tu sebab nanti member asyik usik2, yela cam ada orang nyanyi atas stage dedicated lagu gitu kat kita. Tapi biler dah kawin ni, sonok gak malam2 there'll be lullaby for me......

Lately, we tune in to this song
Ku merindu
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu
Ku berjanji
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu

posted under | 3 Comments

Tak bagus...tak bagus

Mommy nak kena hantar thesis in less than 1 month. Tapi rasa amat demotivated. Bila buat sikit, sakit kepala..pening..ngantuk. Teruknya rasa....................

Banyak lagi tak buat. Klaau ikutkan, kena struggle betul2 ni, tapi tak taula kenapa .............

Hubby asyik tanya bila nak siap. Kalau dah abis, ada career option (since tak tau apa career planning even in 5 years time)

Sian kan kat baby... Mommy kena ubah perangai. Nanti dier pun jadi pemalas. Minta2 dijauhkan

Apa pun chaiyok...chaiyok mommy
Out of topic... ni ibtisam safiyya. The latest edition of my family member (obviously before my baby pop out). Anak kakak.
I conceived soon after my sister gave birth to her..... heheheh jangkitan yg berjaya.
Ok mommy, baby is kicking telling you to start doing your thesis

posted under | 1 Comments

Baby Shopping Spree

PRU 12 dah lama berakhir.... tapi rentetannya masih panjang. Apa pun alhamdulillah dan semoga menjadi lebih baik.

Abang kata.... berbaloi journey lebih 12 jam balik kg. He satisfied...so did I.

Last week, there was Baby Fair at Jusco Balakong and as advised by kak wati, we bought baby clothes. Jadi kalau last week ada sesiapa nampak a couple yg nampak blur2 menshoppingkan diri membeli baju baby---itulah kami. Disebabkan mak buyung tak larat nak jalan dan berdiri lama2, kami beli baju main rembat je. Comel ambik...comel ambik.

But when you married to accountant, you tend to check the discount tagging much more longer than the clothes itself. The cheaper and "comeler" it is...... hehehe... the more we rembat.

Barang2 lain macam toiletries, barut dan yg seangkatan dengannya kami akan beli sikit2 lepas ni. At least tak penat shopping sangat dan lebih penting lagi tak rasa sangat.

Alhamdulillah, dengan MAPS yg baru diumumkan.... bolehlah simpan utk preparation baby

Dan bolehla simpan sikit utk preparation EBM. Bila buat matematik, bnyk gak nak kena spend utk beli barang2 utk EBM baby, tapi berbaloi. Untuk jangka masa panjang, save sangat2la budget.

Baby pun sihat...itu yg penting. Jadi kalau terpaksa hantar ke nursery, at least baby tak senang kena sakit. Yela sekarang ni bnyk betul jenis2 penyakit kat budak. Sampai naik seram. Nak ambik maid, kang takder privacy lak. But we shall see later. Kalau ada tips for EBM, kindly share with me... Anyway, I'm so luck to be in the same unit with the lactation expertise kak rita, bnyk tips dier share.

Hmm... sometimes I wonder whether the baby could understand our excitement. Kalau abah dier nengok bola, wah bukan main lagi baby duk sibuk dalam perut. Moga baby akan sentiasa sihat dalam perut mama..amin

posted under | 5 Comments

Election vs Food Galore







The Election

8th March will be the day that people waiting for........ THE ELECTION. Yet, I never cast my vote though this is supposed to be my second chance to do so.

The first chance in Uni time...... exam time....
this time well due to hmmmmm don't quite sure so many reasons.

Most probably due to the so called result that people can predict at my place. Oldies people .. so u can expect who will win....... Some people said "ala kalau letak ayam serama dalam parti tu pun boleh menang". Moreover, i don't want to travel alone as hubby going back to Kelantan tonite with his brother. Whatever it is, choose the best one to become your presentative at least beriman dan bertaqwa

Nak itut...nak itut... but since it will be weekend journey only (friday night-sundy morning) everyone gives me STERN INSTRUCTION of not having long journey until the baby safely pop out. Yup everyone means my hubby, my parents, PIL along with few others....

Means too ..my SIL who still study at UiTM will be accompany me for this weekend.

Hubby told me that the mischievous face that I had for the past few days clearly showed that I have my "own plan" to spend the weekend splendidly .....hehe wait and see laaaaaa




Food Galore ------ alhamdulillah since I already half of my pregnancy and my appetite back to normal or shall I said "memang tahap mencekik" hubby really pampered me with food that I've been craving for...mind u that those early 4 months I can't even stand the smell of curry, tumis -menumis and many more. We had our Big Apple....yummy.... but still don't get the chance to try Jco Donut yet..... my next mission wink wink.



We celebrated hubby's result at Zen Sentral. Located at Sooka Sentral. The food superb... the trifle even better. His associate told him the day before..."I rasa nak menangis bile makan trifle ni. Sedap sangat".

Well I clearly don't feel anything rather than having crazy idea of having at least 3/4 more. Don't worry ok

My sanity hold me back from doing so... control selera..kang naik cam belon kang saper yang susah..... hahahhaaha

So far... I'm doing quite well.. gain merely 2kg within 5months with 4 months more to go. I can feel the baby kicking me here and there. Wish that I will have smooth pregnancy and delivery.

posted under | 0 Comments

Alhamdulillah... Congratulation Sayang


Alhamdulillah...my beloved hubby now an ACCA Affiliate. Inilah yang dikatakan rezeki anak.

He passed all the papers "after married" ---- one by one.

After all the struggles, up and down........ Congratulation sayang


p/s - Motivation for me to complete my thesis before deliver.....insyaallah

posted under | 4 Comments
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Mama

My photo
KL, Malaysia
Mama wafiy dan wifey zudin

Blog Archive

Blog Archive

Followers


Recent Comments